Thursday, April 19

Ismail Zainal Abidin

MHSS KUMAR

Assallamualaikum Mail,

New paper cutting mengenai penutupan MHSS.
Apparently, maybe some reasons MHSS name tak dapat di retain,
kerna tiada nama tempat ataupun street name to signify it. ???

Wasallam.
Arshad


MHSS PRIN 1


Any comment of what the current MHSS Principal comments
about MHSS Alumni?.

Tinggal sejarah...sebagaimana yg I nyatakan di blog. I strongly believe,
we need to get Perjumpaan Silatulrahim pada Dec 16 mendatang
di hebahkan dlm akhbar.

Least it soothe the hurts . I am so happen to pass thru that evening at MHSS,
tapi tak 'kesampaian' untuk menyertai flag lowering ceremony itu.
It hurts man.


Wasallam
Arshad





Saiful Apek.




Nordin Ahmad.




A.Ramli. Oh Fatimah



love story

86 comments:

Anonymous said...

mesti berahsia di sebalik avatar ke encik ismail oiii..

patut nya harus berbangga bila membina blog.. jadi ramai yang bertangga di block encik..

kalau setakat nama sebagai tiang seri .. pasti post tak menjadi..! nanti postman salah bagi comment..

Ismail Zainal Abidin said...

tiada niat nak berahsia atau bersembunyi d sebalik avatar,
ramai teman2 mhss'71 masih bertemu dan menghubungi antara
satu sama yg lain. kerap juga bertemu di majlis2 yg di adakan.
menyampaikan maklumat terkini yg kami ketahui & terdengar eg >>.
1) yang masuk hospital atau sakit.
2) mengirimkan kad2 undangan yg d amanahkan
kpd kami utk teman2 mhss.
3) menyampaikan berita yg kurang baik.
4) mengumpulkan teman utk majlis perjumpaan hari raya.

WALAUPUN BERAHSIA D SEBALIK AVATAR TAPI MASIH MEMPUNYAI
NAMA YANG D BERI IBU/BAPA.TAPI BAGAIMANA DGN ANDA HARUS KE
TERUS BERSEMBUNYI TANPA PENGADANG.
SETELAH 35 TAHUN NGAPA ANDA MASIH BERSEMBUNYI
DEMI UTK MHSS KELUAR LAH DARI PERSEMBUNYIAN ANDA.
JANGAN MARAH YA

Anonymous said...

Siapa yang bersembunyi disebalik Avatar? dan siapa pula yang bersembunyi sebalik tiang pengadang?..He..he..macam2 betullah korang ni. Walau bagaimana pun aku tak de KOMEN. Semua orang ada cara yg tersendiri bagi penyampaikan MSG. Asal apa yg nak dipaparkan tu membena Alhamdulillah.. Shabas! tanpa sokongan blog ni kan kesunyian!!

Anonymous said...

bangga! kerana hari demi hari blog ini mendapat perhatian.tapi masih lagi belum cukup sokongan..untuk ANONYMOUS,jgn main sembunyi sembunyi..nanti kene sembunyi hantu...hilang.. baru kau tau...nak report polis pun susah!!sbab tak tahu nama sebenar..nak sedekah fatihah pun nak kene sebut nama betul..kalau bolih perkenal kan diri..jgn marah haa...gurau je..

Ismail Zainal Abidin said...

Utk Marlina.
Jangan berkecil hati dgn teguran sdr Ishak tu. Dia adalah orang yg suka berterus terang dan tak suka bersembunyi di balik busut. Maklum lah dah tua2 ni dah tak manis nak main sembunyi2, nanti di ketawakan cucu2.
U still boleh mampir takda yg larang,walaupun student2 yg Jr atau Sr they still can join us no problem. Sebab tu dari awal dah di katakan blog yg kurang complete ni ada lah permulaan utk student2 mhss dan boleh di upgrade kan jadi baik hingga terbaik dgn pertolongan teman2 yg bijak pandai. Tak salahkan kalau kita semua berkongsi kepandaian khas buat MHSS. So di harapkan dgn ini akan menjadi satu titik permulaan yg baik ok my friend.

Anonymous said...

Kenapa mesti ada sifat kecil hati..? Sepatutnya dalam meningkat usia senja ni kita seharusnya punyai sikap lebih terbuka dalam berbagai perkara. Pada aku tak kiralah sama ada korang nak pakai nama samaran atau sebaliknya, soal yg utama adalah kerjasama serta idea yang membena supaya kita sama2 dapat memperbaiki segala teguran2 yang membena.

Ismail Zainal Abidin said...

Apa lah nak kecil2 hati kan teguran Sdr Ishak tu kan betul tapi kenapa mesti berjauh hati. Saperti kata Sdr Omar kita ni dah meningkat usia senja jadi kalau bolih bukan usia saja yg tua tapi akal fikiran dan perbuatan harus selari dgn apa yg di katakan "SENJA" tu. jgn nanti kata org tua tinggal tua aje tapi kelakuan mcm budak2.
To Marlina.
Jgn merajuk maksud Sdr Ishak tu kalau kita2 ni tau siapa diri anda kan senang lain kali nak menjemput kalau teman2 buat majlis2 atau ada teman2 yg berpindah ke dunia lain,jadi postman tak antar salah alamat atau salahkan kami tak amanah.
kalau kurang senang dgn comment ini bolih lepaskan geram dan tension kat adds:>>
nutnuts54@hotmail.com
ok jangan marah nanti darah tinggi naik lagi satu tangga.

Anonymous said...

Teman tersayang.., Kita berhak merasa sakit dan menderita sebab kita adalah punca utama dari semua yang berlaku. Dari itu jadikanlah buah tutur yang baik supaya salah tanggapan tidak wujud. Dan janganlah terlalu memberi perhatian yang terlalu besar terhadap perkara2 yang remeh-temeh.
Yang utama, marilah kita sama2 meninggalkan hal yg tidak mendatangkan menafaat. Kerana mereka yg berpengetahuan luas adalah orang yg berfikiran bebas dan berjiwa tenang...

Anonymous said...

encik ismail..

usia senja bukan bererti perangai pun mesti senja.. mesti mahu tahu fitrah manusia.. putaran masa dari bayi pulang juga ke masa kita menjadi bayi.. this is cycle of life isnt it.. kalau kita diketawakan anak cucu kita pun dah patut pun.. apa tidak nyer.. contoh yang nyata.. macam encik ismail bina blog nie.. this was created by teenager' mind.. mereka buat macam diary mereka.. kita yang senja senja nie mana nak buat diary.. kalau yang suka mengarang tu lain la.. kita yang senja senja nie terlalu secretive n sensetive.. going to be senile soon .. he he..
nanti sambung lagi ye.. tengah sibuk nie.. jaga cucu.. he he

Anonymous said...

Cik Marlina.,

Mudah2an anda akan terus suka pd blog yg di bena olih encik Ismail dan mengambil faedah darinya. 'Sesungguhnya ilmu itu didapat hanya dengan belajar, dan kesabaran itu diperoleh hanya dengan latihan'. Walau pun ianya baru, namum kesungguhan beliau jadi satu kenyataan.

Kalau ramai yg baca blog tapi tak memberi sumbangan pun tak guna. Sebaliknya kita perlu mereka2 yg mampu memberi idea dan pendekatan baru, yg berbedza dari pendekatan sekarang tapi mampu tinggalkan kesan yg lebih besar.

Ingin dingatkan sejumlah perkara penting disini..

- Tujuan Blog ini adalah untuk merapat serta mendekatkan lagi hubungan Silaturahim dikalangan bekas penuntut yang telah lama terputus.

- Dalam usaha mendapatkan photo2 lama yang bertujuan mengingati Nostalgia lama yg pernah menjadi kebangaan yg hampir luput dari ingatan.

- Menyebar kabar suka/duka serta memberitahu informasi terkini buat pengetahuan semua. Contoh: Majlis Perkhawinan, Hari lahir, Kematian dan sebagainya..

- Menghimpun & mengumpul maklumat, pendapat serta buah fikiran yang bernas agar dpt dijadikan panduan serta ikhtibar berguna untk semua.

- Memberi ruang pd semua agar diwar warkan bentuk apa saja perkembangan semasa. Mudah2an segala issue semasa dpt di kongsi bersama.

Diantara nikmat yang paling besar ialah kegembiraan, ketenteraman dan ketenangan jiwa. Kerana dalam kegembiraan hati itu terdapat keteguhan fikiran, produktiviti yang banyak dan keriangan jiwa. Siapa yg mengetahui cara memperolehi, merasa dan menikmati kegembiraan maka ia akan dpt menfaatkan pelbagai nikmat dan kemudahan, sama ada yg didepan ataupun yg masih dibelakang.

Anonymous said...

maaf ya ..the other post tu saya kurang ajar sedikit.. panggil panggil omar saja.. tak ada sopan santun langsung..

terimaksih lah dengan mukadimah encik omar tentang tertubuh nya mhss ni.. kepada yang empunya blog nie..saya juga turut berterimakasih..kerana membenarkan saya menjelajah ruang cyber encik ismail.. manalah tahu saya nie macam kepoh kepoh di sini..

encik omar nie orang nya penuh budi bahasa dan dari tutur bicara di sini .. beliau ni sungguh berhemah tinggi.. sangat tenang orang nya.. begitu kah encik ismail..?

Ismail Zainal Abidin said...

Ya Mak Bunian. itu lah sikap2 yg ada pada teman2 saya, student mhss'71 baik yg wanita atau yg lelaki. Kerana itu juga sabahagian besar dari kami masih kekal bersama walaupun sudah 37 tahun berlalu. Kami2 selalu menghubungi antara satu dan yg lain2 dalam banyak perkara saperti yg di katakan sdr Omar. Sebab tu jika anda tidak bersembunyi di balik tabir, mungkin anda bolih mewakili student2 Jr atau Sr berkumpul semula bersama kami2, mungkin juga ka majlis2 yg di adakan.
Fikirkan sesuatu yg terbaik utk eratkan persahabatan student2 mhss.
Maaf ya saya tak tahu yg blog ni utk org muda2, sebab yg ajar saya tu org muda.
Nanti lah saya cuba minta dia ajar mcm mana nak ka blog org spt saya.
Awal tujuan saya cuma nak masukkan gambar2 lama student mhss kat blog ni supaya mereka dapat mengingati kembali wajah teman2 mereka, juga gambar2 terkini utk mereka tatapi perbezaan wajah teman2.
"Maaf ya Mak Bunian tumpang lalu cucu saya ni dah nangis mintak di gendong maklum lah manja dgn atuk nya"

Anonymous said...

encik ismail..

kenapa mesti nak lepaskan geram kat nutnut.. kat sini lagi bagus.. jadi kita dapat ber'debat' secara langsung dan sekaligus boleh terkenang zaman waktu persekolahan.. zaman main kenyit kenyit mata.. ha ha ha..

Anonymous said...

Boleh saya tau marina dari class berapa dan tahun berapa?saya ingin kenal dengan awak so kita tak tanya2 lagi siapa dan yang mana satu orangnya.

Anonymous said...

assalammualaikum ..

cik hawa.. saya ni bekas penuntut separuh jalan di MHSS.. oleh kerana saya terpandang blog cik ismail nie.. saya berasa teramat suka sekali.. langsung menjelajah keruang ruang yang di sediakan si blogger nie.. ada la yang saya kenal satu dua orang tu.. ciri ciri masa di sekolah dulu tu .. tapi nama mereka saya tak kenal langsung.. ada yang pernah terjumpa di luar.. lalu makin menebal keinginan mahu sekaki di sini.. boleh kan saya selalu berligar ligar di sini..??

Anonymous said...

puan hawa..saya seangkatan ubaidillah suri.. dari aliran english.. tapi half way je.. lepas tu saya beralih ke sekolah lain..

saya nak tanya puan hawa..
1. pernah tinggal kat kuates kkhospital kan..?

2. ada adek bernama mariam.. sarah..

3. kenal dengan keluarga encik halip..? bapa kepada nona dan nani..?

4. nama suami hawa tu.. encik jamil kan.. yang mintak butang baju kurung tu ke..? (mana butang baju aku pah... he he he)

sekian wassalam dulu..

Anonymous said...

cuba kamu browse gambar2 yang ada
kebanyakan gambar2 ada caption nama2 yang terpapar dalam gambar.
mungkin gambar dah outdated tapi ada yang recent dan Hawa ada dalam gambar di workshop Johari.

Anonymous said...

anonymous..leng_54.. u suruh i ke..?

Anonymous said...

Selengge agaknya tu .. he..he..

Ismail Zainal Abidin said...

Kesian si Jamil tu dah lah hilang butang baju kurong.
kini tahi lalat si Hawa pulak jadi mangsa korang

Ismail Zainal Abidin said...

leng_54 ada kah anda juga student mhss '71. di class 4m berapa ?.

Anonymous said...

leng_54

orang yang sanggup menerima malu kerana sifat penakutnya, dikiaskan dalam kata2 ungakapan 'laksana lembu kasi' tetapi bagi orang yang bersifat berani, dikatakan dalam peribahasa 'Jalan mati lagi ku cuba, inikan pula jalan binasa'. Berani menegakkan kebenaran mempertahankan hak atau penderiannya yang betul adalah ciri-ciri seorang sateria. jadi, kenapa kita mesti memakai nama samaran..

Anonymous said...

kalau tahu itu jalan binasa mengapa di tempuh saya tidak mahu jadi macam satria hang tuah yang menyerah kan tun tijah pada sultan polygamist sedang kan cintanya pada tuah

Anonymous said...

Bukan marah.. kami perlu kerjasama serta tenaga untuk sama2 menjayakan majlis tu nanti.. Tapi kalau semua ke Blog ni pakai nama samaran, sukar bagi kami untuk menyatakan siapa anda sebenarnya kalau teman lain yang bertanya!.. Aku harap kau faham.

Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan dan dengan kerjasama Cikgu Aman Jafar berkemungkinan ramai mantan guru2 yg akan turut serta.

Untuk pengetahuan anda.., Kami sudah pun mengirim surat memberitahu kepada semua bekas penuntut yg ada dalam senarai record kami.. dan bagi mereka yang mempunyai nama samaran nama mereka tidak terdapat dalam catitan kami. Harap Maaf..!

Anonymous said...

membaca komen2 yg ada ini, jika diungkap..saperti masih ada yang bersifat macam anak sekolah -tulis surat mau 'ber'anonymous lagi. Apa hal nya?. Salah ke berterus terang?.

Biar jasad terkunkung TAPI akal/fikiran bebas merdeka DARI AKAL/FIKIRAN TERKUNKUNG TAPI JASAD BEBAS/MERDEKA. Thats how sifat mereka yg suka 'ber'anonymous di zaman GLOBALISASI ini.

Tulus saya nyatakan, saya AMAT BANGGA pada usaha Ismail mengadakan blog ini, kerana beliau sedar bahawa...When TECHNOLOGY change, OUR way of life changes too. Kira ketahuan IP address ANONYMOUS itu..enteng to trace siapa pengirim sebenar.

Syabas pada usaha semua tenagakerja yang pasti menjayakan perjumpaan Lebaran 2006 mendatang.

Kerana tugas kerja, tak dapatlah saya nak menghadiri majlis mendatang ini. Saya doakan majlis segala berjalan lancar dan penuh sukses.

Salam ukhuwah utk semua
ARSHAD OTHMAN (4D)
NOSIMAH RAHIM (4M1) isteri gue

Anonymous said...

Syabas Arshad,..!

Aku sokong pendapat kau...
Dalam perjuangan hidup, senjata utama yg harus di pakai ialah berani dan keberanian. Keberanian menghasilkan suatu kejayaan. Hanya orang yg berani dan berada dipihak yang benar akan berjaya. Biasanya peribadi yg berani serta berani bersikap tegas akan dapat menguasai kehidupan masyarakat.

Sebab tu orang bijak pandai berkata, ' Orang yg berilmu dan orang yang bijaksana kian tumbuh dalam masyarakat kita, tapi orang yang berani boleh dibilang dengan jari..'

Walau macam mana pun kami masih perlu sokongan padu dari kamu semua dalam menjayakan Majlis Perjumpaan Muhibbah tu nanti. Memang tugas ni nampat berat, tapi kalau kita semua tunjukkan minat... memang tak mustahil matlamat kita kan tercapai..

Anonymous said...

saya petik kata kata encik arshad..

**Biar jasad terkunkung TAPI akal/fikiran bebas merdeka DARI AKAL/FIKIRAN TERKUNKUNG TAPI JASAD BEBAS/MERDEKA. Thats how sifat mereka yg suka 'ber'anonymous di zaman GLOBALISASI ini.**

disini ada dua ..hmm..can i say kategori..?firstly.. jasad terkongkong tapi akal fikiran bebas merdeka..

encik arshad.. kalau jasad terkongkong akal dan fikiran bebas merdeka kemana? boleh manjur ke mind kita tu ..saya rasa.. kalau akal tu boleh bebas/merdeka pun kerana ingin cari jalan untuk melepaskan jasad yang terkongkong tu.. lain arti kata .. akal penipu..!

secondly..akal/fikiran terkongkong tapi jasad bebas merdeka..di sini pula kita dapat lihat..seakan akan jasad tu tiada hala dan tujuan.. kerana akal dan fikiran terkongkong.. mungkin jasad tu akan selalu di landa dilema..kerana akal dan fikiran tak dapat membuat keputusan dengan sebebas bebas nya.. selalu kebuntuan..

yang bagus nya.. kita mesti ada guts and instinct.. alah susah sangat la.. mesti ada keberanian diri dan selalu mengikut naluri sendiri untuk maju dan berinteraksi di persada globalisasi..

yang nak ber'anynomous' tu bagus juga.. sekurang kurang nya berani kemari.. walau tanpa nama dan alamat.. jangan pandang orang yang se begini tiada pegangan hidup.. dengan kehadiran seperti nya.. selalu 'segar' halaman cik mail kita nie..

dari akal sesen saya.. maaf kalau saya menukil kata kata anda.. hanya ingin meluahkan perasaan di blog encik mail..

Anonymous said...

Puan Marlina...
saya ambil taarif dari sokongan kuat saya pada usaha Ismail - istilah saya bersandarkan "When technology change, our way of life changes too".

Adanya technology sp internet ini, apatah lagi zaman Globalisasi yg padat. Bagaimana jernihnya, kita dapat berhubung pada teman2 sesekolah dgn penuh rasa aman sekali diblog ini - MENGHADAP monitor - ibaratnya...Jasad kita terkunkung. Tapi, apabila kita mengetik bicarakata..alangkah luasnya ingatan2 lama kembali segar- merdeka fikiran; bertanya kabar, mengirim salam dll.

Benar kata puan, jika jasad merdeka akan menemui kebuntuan. Keprihatinannya, hampir puluhan tahun meninggalkan MHSS, ada jua ketemu teman sekolah, si cowok mungkin pada Solat Jumaat utk waktu terhad. Jika ketemu teman sekolah lama si cewek pula -- dilema nya betul ke ini sipulan sipulan same school with me - nak bertanya adakala serba tak kena - bagai fikiran terkunkung.

Pada hemah saya...jika kita punya akidah tulus - akal penipu bukan minda penghidupan. Kerana itu, blog Encik Ismail disediakan pada hemah saya ibarat jembatan emas utk kita semua mantan MHSS 1971 dapt semula merapatkan silatulrahim dgn anjuran beliau dan tenagakerja..bertemu di majlis2 rumah teman mahupun 1 year once gathering jika berkesempatan.

Sifat openness Encik Ismail jelas tiada apa alasan utk membenarkan atau menyekat an anonymous masuk ke blog ini, kerana wadahnya, personal email kita pun setiap hari ada saja terima spam mail(we termed anonymous mail). Silap dibuka, ada virus menyusur.

Kewajarannya, jika kita menghargai kejernihan erti hablom minallallah dan hablom minnannas DEMI memupuk kembali silaturahim yg telah lama kabur. It is appropriate bersifatlah terbuka - berikan nama. Be what you are?...Life be happy to live in.

Anonymous said...

tuan tuan yang baik hati..

betul la apa yang saya bentangkan diatas.. mungkin encik arshad tak dapat baca dari sudut saya..

saya berterimakasih pada encik ismail kerana tertubuh nya blog beliau untuk bersiraturrahmi semula dengan teman teman yang sekian lama menghilang macam encik arshad dan teman teman yang jauh nun di eropah sana..

>> betul ke aku cakap nie..<<

Anonymous said...

Puan Marlina
It is important to be honest with ourself and to recognise our Quote:" yang bagus nya.. kita mesti ada guts and instinct"....rather than to pretend it doesn't exist.

Boleh kami tahu, di MHSS Puan Marlina in which class...saya teringau2 nak mengingati Puan ini. Leng pun mungkin tertanya2 juga.

Alhamdulillah, kita dapat bersama sekadar di blog ini.

Jika kita berjiran - jiranlah saudara terdekat mengetahui mungkin sakit pening kita. Sama juga teman2 sekolah - jika bertemu...eh eh eh bagai mahukan TIME STOP utk berbicara kisah lama jua perkembangan terkini. Teman saya seorang pakar jiwa ada beritau. By reminiscing some of your old memories among friends n relatives - asuk senile dapat dijauhkan selain beribadah.

Bersama kita manfaatkan blog ini utk all Monkshillian sebaiknya.

Anonymous said...

MHSS Flag lowering on 22 Nov 2006 6pm address 12, Winstedt Road Singapore 227978.

Monk's Hill Secondary School will merge with Balestier Hill Secondary School at 11, Novena Rise Singapore 307516 with effect from Jan 2007.

http://en.wikipedia.org/wiki/MHSS

Anonymous said...

MHSS Flag lowering on 22 Nov 2006 6pm address 12, Winstedt Road Singapore 227978.

Monk's Hill Secondary School will merge with Balestier Hill Secondary School at 11, Novena Rise Singapore 307516 with effect from Jan 2007.

http://en.wikipedia.org/wiki/MHSS

Ismail Zainal Abidin said...

To ex-monkshillian,
Thank for your valuable and latest information.

Anonymous said...

Mail,
desas desus Monk's Hill Sec Sch merging ni dah lama saya dengarin, tapi tak pasti with which school they merged and when?.
Bagaimanapun, kita janganlah kabur. Monk's Hill Sec banyak meninggalkan kenangan manis juga asemnya untuk kita semua...as said its full of beautiful memories(tak tahulah yg lain).
Malah dilihat foto2 bejumpaan Hari Raya anjuran kamu semua - thats was a 10 years photo dan adanya blog ini, segar semula crita dan bahasa.
Tengok aje si Leng...rajin to communicate, jaga2 jgn swift down ente tak cepat kilas.
Ini arus kehidupan, yang pasti WE ARE EX MONKSHILLIAN. Sekolah Menengah Bukit Padri(sami tak enak bunyinya). Nurture this blog proactively utk kita mengeratkan kembali silatulrahim yg teramat lama diarkibkan.

Anonymous said...

Arshad,

Leng tu memang rajin communicate.. tapi jangan kejap je..! cubalah hidupkan seberapa yang boleh. Kalau tak kamu siapa lagi?!!! he..he..

Anonymous said...

Omar...Leng sibuk mungkin. Mana kerjaan di pejabat, Nimang cucu. Maalumlah. Satu pertanyaan, kiranya Des 16 ini, aku pulang awal, boleh tak go direct and pay up pada kamu.
Aku ada project kerja nak selesaikan dulu.
Nanti kira dpt berjumpa, ada perkara yg hendak dibincangkan to gather semua ex MHSS - mungkin Cruise kog. eh eh eh eh.
Tahniah...berita di Berita Harian dah berputik kebersanan nya.
Rasanya lama amat aku tak jumpa Mail ni..maalumlah waktu sekolah dulu, kita suka amat 'bertengkar'. Yang aneh kamu, Abang kamu, abg Kam selalu aku jumpa...engkau pula menyepi.

Ismail Zainal Abidin said...

Shad,

Kehadiran kau memang kita nanti2 kan maklum lah dah 35thn satu jangka masa yang amat
lama oii..... kawan.
see u there Shad. Oh ya sebelum terlupa our frnz Sharif kirim salam kat all of u ok.

Anonymous said...

Waalaikum salam utk Sarip Pardi. Thks
Apa saje Leng ni, naik cruise utk keselesaan book 'balcony'.
Sebut fasal cruise Star Virgo, bila aku lihat foto2 exMonkshillian di blog ini..rasa2 pernah aku terjumpa mereka2 ini, semasa BAHTERA 2000 bersama Warna 94.2, cruise bersama Hardee Brothers ke Kuantan dan DJ Warna ke Songkhla.
Tapi waktu itu aku sibuk-as Traffic Coordinator on board(Warna/TW).
Pak Safri Manaf and wife ada serta di BAHTERA 2000 Hari Ibu.
Mail..syorkan kita go for Kinabalu Mountain climbing..he he hiruk piruk agaknya ??. Apa macem.

Insya'allah, kita bertemu Des 16.

Anonymous said...

Leng...apa saje kamu ini. 3 years back, aku celebrate nak masuk 50 years old with my son and Malaysia 'THE STAR' newspapers staff mendaki Gunung Kinabalu. Puhh best man.
Menduga ketabahan dan ketahanan diri- Tapi, bila turun ke bawah..hampir seminggu sengal masih terasa. Stamina man..stamina important.
Malah aku bertemu a 72 years old Japanese nenek(Ms Kyoko Watanabe) casual walking to Panar Laban along my climbing.
Hakikatnya, kita org Spore, bercuti tak ada nama shopping TAK SAH...live in aircondition concrete jungle - tak asyik mahu menikmati keindahan alam lestari...jungle trekking, snorkelling etc etc. Tapi..aku terfikir juga, bayangkan kalau mantan MHSS sebaya kita mendaki Gunung Kinabalu?. Macam halilintar agak riuhnya...apatah nanti ada yg 'breakdancing' halfway.
Hai inilah kita masa muda kita digelar rugged society, like yrself..running, football etc bila dah umur sebegini..jadi 'ragged society'-nak lakukan yg ala kadar adakalanya...lack of challenge. Tak ada - jaga cucu heh heh heh.
Apa macam..kita holiday ramai2 bertema from the Mountain to the Sea-March 2007 cuti sekolah. Ini bukan promosi ok. eh eh eh. Nak tahu program, nanti kita jumpa.
Aku belum sempat nak tel Sarbini, maalum end 2006 dah tinggal beberapa hari lagi...kerja benyeklah. God, how I miss that best friend of mine. Agak2 masih comel kog dia(jgn mareh ia Sarbini).
Insya'allah if time permit, I be there Des 16...kalau kerja selesai ahead of my manhour schedule.

Anonymous said...

ha ha ha ha.. apa saja la si tua nie... he he he.. nak naik gunung kinabalu ..? hmmmm kita semua dah sakit lutut.. encik arshad.. kat gunung kinabalu tu ada escalator tak.. he he he

Anonymous said...

Helloooo!.. Cadangan cadangan yang korang utarakan tu memang baik. Aku sokong sesokong sokongnya (ada ke ayat ni..?!). Dalam usia meningkat senja macam kita ni, seharusnya kita dah punyai plan untuk masa depan. Kalau yg dicadangkan tu memberikan semacam satu kebersanan kenapa tidak kita duduk bawak berbincang. Aku rasa Jaafar, Leng dan Arshad mesti banyak idea idea yang membena dalam hal semacam ini.Setahu aku dari sekolah dulu, korang bertiga ni bukang calang calang orang. Tu belum lagi datangnya idea dari Encik Mail dengan Puan Marlina.. he.. he.. (korang jugak jadi sasaran).

Amacam..! mana tau, entah besok lusa aku ke Mail jalan dulu sapa lagi nak teruskan usaha ni nanti?!!.

Ismail Zainal Abidin said...

Omar,
Ini satu soalan chepu-mas, yang nak pegi belayar ke nak panjat gunung ke
aku belum terfikir.
Cuma apa yang aku fikirkan ia lah nak cari pelapis kita, Semoga mhss terus wujud
dalam ingatan kita.
Harap2 ada orang yang akan tampil meneruskan nya.

HIDUP NI TAK UBAH MACAM SE KEPING BISKUT
HARI NI GARING ESOK LUSA LEMAU
AKHIR NYA
NOW U SEE NOW U DONT

Anonymous said...

Omar...baru kita sebut mtain climbing, ada yg lutut dah ada anai2, nanya ada escalator ke tidak?. Malah naik cruise, sekadar jln dalam kapal ke Mediterranean utk menuju ke tempat makan..MENGELUH ?.

Mengapa tidak dlm menjangkau umur tua ini, bagi kita yg telah punyai keluarga dan anak2 dah dewasa, tiba masa kita menghabiskan masa tua 'senang senang' bersama pasangan kita berdua sahaja. Lakukan sesuatu yg mungkin kita 'terlupa' kewujudan rekreasi itu yg tidak kita pernah experiensinya, jika masa bercuti dgn anak2 seketika dulu, kita tidak kesempatan.

Bumi Tuhan ini, bukan hanya berjalan menjejak kaki di tanah aje--SELURUHNYA perlu kita terokai...udara (parasailing/bungee jumping) darat(jungle trekking etc - jgn asyik holiday cum shopping). Laut (snorkelling dan terbaru SEAWALKING).
Keupayaan/ketabahan diri TIDAK TERLETAK pada kejadian zahir manusia, TAPI KETEKADTAN jiwa naluri utk menghadapi cabaran. Simply HOW U MANAGE YOUR CAPABILITY, kalau belum mencuba. Tapi JANGAN ambil kesempatan dalam kesempitan hidup orang lain.

Hah Mail..kurang cocok kira kamu mengibaratkan usaha blog ini macam sekeping biskut. Hidup ini, jika personally aku ibaratkan, macam pohon tembikai(watermelon). Dari biji, dia hidup menjalar menutupi tanah tandus, menghasilkan buah tembikai(siapa yg jumpa tembikai masak ranum - sila petik makan.), Namun pohon itu tetap menjalar. Malah biji tembikai, jika di lempar daratan manapun...ada embun ia pasti subur...asal jgn dikeringkan buat kuaci.
Dont khawatir Pak Mail, pastinya pelapis itu akan wujud apabila tiba masanya. Teruskan usaha murni ini. Insyallah, ada yg menyusur dari belakang.
Mengambil iktibar dari blog ini dan majlis yg disediakan..pertemuan itu berhasil memupuk 'kehangatan' silatulrahim yg telah lama dingin. Jika terluang masa, kita santai bekeluarga pula. Mungkin semalaman tak tidur asyik 'berborak' sesama kita. Tak puas kog, kita hidup di concrete jungle ini.
Take a break untuk menikmati keindahan alam lestari- kehijauan lahar, udara segar and much more. Nantilah Mail, as Omar nyatakan, kita boleh bincang perkara ini.

Anonymous said...

Leng, hebat kamu ia mendaki Gunung yg 'bersalji', churam dlm telah digelungsuri(mana Mt Bromo). Tapi kira Mt Cook di NZ , itu tak pakailah, kerna disana ada heli service, jln atas glacier. Tak tahu kira dah mendaki Mt Kilimanjaro(Africa) mungkin. Everest jgn sebutlah.
Datuk Ismail..apa agenda 2007. Apa pertimbangan nya, a get together for a short trip semasa cuti sekolah March 2007 (10-17 March 2007)berkeluarga.
Go to beach Resort(Tioman, P.Tinggi, P Babi Besar @ Mersing atau Nongsa Resort BATAM) as a start. Laze by the beach santai, family games, nite bbq etc etc.
Wajar naikki koch 40 seaters-pasti bergegar bumbung koch-hilai ketawa semua.
Insyaallah..sometime mid Jan, 'mungkin' ada terluang waktu -dapat kita jumpa to consider its feasibility..

Anonymous said...

Assalamualaikum kepada semua... selamat menyambut tahun baru,& Selamat hari raya Aidil Ad'ha untuk semua teman-teman tersayang..! Alhamdullillah Majlis Perjumpaan sudah selesai kita adakan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah memberi kami sokongan padu dalam usaha mempereratkan tali silaturahim diantara kita semua. Tanpa sokongan yang diberikan maka Majlis tersebut tidak akan berjaya. Alhamdullillah sekali lagi, nampak nya keseluruhan Majlis tersebut memang cukup gemilang, tapi.. tidak lah segemilang perkhawinan Siti Nurhaliza dengan Datok K..! Terima kasih aku buat abang Mail juga abang Johari yg bertungkus lumus dalam menguruskan Majlis tersebut sehingga berjaya. Begitu juga kepada kesemua ahli jawatan kuasa yg bersengkang mata bagi perancangan Majlis tersebut. Disamping itu, tak ketingalan ada juga komen-komen yg kurang senang aku dengari. Kabarnya mereka nie beri komen dibelakang pengetahuan kami... Macam- macam mereka kata.

Bagi aku kalau memang kami ada kelebihan sedikit, nak aku adakan Majlis nie dengan lebih meriah lagi. Kalau boleh nak aku adakan di Shangrila Hotel. Atau Hotel lima bintang yang sewaktu dengannya...

He..he.., begitu lah sikap manusia, bercakap memang senang, beri pendapat memang mudah.., tapi untuk menjalankan tanggungjawab sebenar tidaklah semudah yang difikirkan. Cuba kau tanya abg Mail dgn abg Johari, macam mana perit jerihnya dalam mengahadapi masaalah dalaman yang di hadapi. Tapi bagi kami, tidak pernah patah semangat. Walau apa cabaran yang kami terima itu sudah resam dunia, selagi kita dinamakan Manusia kita tak akan terlepas dari fitnah dan bida'ah.., kalau tidak masakan kami sanggup mengadakan Majlis ini buat ke 4 kalinya.

Dari angin yang bertiup sepoi-sepoi basah, aku dengar, ada pihak yang berkecil hati dan marah dan mengancam untuk tarik diri dari gara-gara sumbangan dan peranannya tak dipandang langsung. Dalam susah payah untuk menyelesaikan masaalah tersebut, kena lah kami bertolak ansur menyelesaikannya... Tapi nak menyelesaikan, kena lah kami cari orang yang bijak serta tulus, sedia bertolak ansur bukan lah orang yang sekadar nak tunjuk gaya dan kuasa..

2 minggu sudah sewaktu kita meraikan kegembiraan Majlis perjumpaan, kita kehilangan seorang lagi teman seperjuangan yang pernah sama-sama duduk sebumbung, yg telah pergi menyambut pangilan Ilahi. Sebulan sebelum itu kita telah pun kehilangan teman tersayang dari class 4M1. Mari lah sama-sama lah kita mendoakan agar roh-roh mereka ditempatkan bersama-sama orang-orang yg Mukmin disamping orang-orang yang beriman. InsyaAllah.

Anonymous said...

Omar...
sekadar 'menambah' pandangan Leng. Benar tu Omar..jgn patah semangat. Tapi..Jika ada desas desus, yg nak marah atau 'boikot'. ada perlunya diambil perhatian serta pertimbangan yang wajar.

Apa yang Omar nyatakan, ini 'gossip' berputik setelah perjumpaan silatulrahim.
Apa sebabnya tujuan perjumpaan ini dan apakah synergy dari pertemuan ini. Itu adakalanya sukar di fahami. Pandangilah usaha mereka2 yg berusaha untuk menjayakan pertemuan ini. Hanya jangan jadikan atau bersikap majlis pertemuan ini -(THOUGH)..IT MUST WORTH THE DOLLARS SPENT FOR TO ATTEND.

Kita kini dah masuk umur senja. Sifat merajok itu sifat kuno, kerana dlm dunia sekarang, sifat merajok as if membikin 'YOU walk alone on earth with your own shadow'. Kita sedar, sifat sabar itu sebahagian dari iman dlm akidah.

Ada pepatah Inggeris berbunyi- Human are creatures of many definitions.
Are we not LEARNED ENOUGH 'to manage our anger'. Simple says, are we happy when we are angry with someone and SHOUT back at them, instead of finding means to manage our anger between all parties.

Berilah pandangan yang bernas agar ianya memperbaikki lagi Majlis yang mendatang.

Anonymous said...

Leng & arshad...

Terima kasih atas keperihatinan anda semua.

Pada aku.., memberi keritikan biar lah membena, bukan 'main hembus' je..

Sesungguhnya kesabaran kita dalam menghadapi kritikan, cemohan dan cercaan itu senantiasa diambilkira, dari situ lah kita akan beroleh ganjaran yang setimpal. Dan keritikan mereka itu pada dasarnya pertanda bahawa kita mempunyai harga dan darjat. Kerana manusia tidak akan menendang bangkai anjing dan orang-orang yang tidak berharga pastilah tidak akan terkena sasaran pedengki. Dengan kekata lain, jikalau kritikan yang kita terima semakin pedas makin semakin tinggi pula harga diri kita.

Ketahuilah bahawa kita tidak akan dapat mendiamkan mulut manusia supaya tidak melakukan penghinaan terhadap kehormatan kita. Walau pun begitu, kita masih terus boleh berbuat baik dan meghindari kata-kata dan kritikan mereka.

Menurut kitab Taurat bahawa kebanyakkan perkara yang ditakuti tidak pernah berlaku. Hal ini membuktikan bahawa kebanyakan perkara yang dibimbangkan oleh manusia itu tidak menjadi realiti. Kerana dalam fikiran manusia itu lebih banyak khayalan daripada fakta kebenaran yang pasti berlaku.

Aku berkata dlm kalbu ku " perdulikanlah.., persetankanlah..sebab kebanyakkan hal yang berlaku yang kita takuti adalah palsu.." Dengan kekata lain, menakala satu peristiwa berlaku atau mendengar ramalan tentang sesuatu yg kurang senang yang akan mendatangkan bencana, aku tidak perlu cemas, dan bersedih hati. Kerana berita-berita dan kemungkinan-kemungkinan itu tidak lah betul. Jika ada yang mampu mengubah takdir, pastilah aku akan mencarinya. Tetapi jika tidak maka tinggal bagaimana takdir itu mesti kita sikapi..

CT said...

Assalamu'alaikum Omar,
Yang sudah tu sudahlah,macam kata Arshad dan Leng jangan suka merajok!Kini dah pun tahun baru...Janganlah bersedih lagi. Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan.
Yok! Kita gi picnic kat Monkshill!

Ismail Zainal Abidin said...

Untuk teman2 mhss renungkan lah kata2 yang aku kutip dari sabuah buku mat salleh dalam tahun 1972.semoga sebanyak sedikit ia berguna untuk kita2.

" THE SECRET OF SUCCESS IS A TALENT - THE TALENT FOR HARD WORK ".

" NONE OF THE SECRETS OF SUCCESS WILL WORK UNLESS YOU DO ".

" TO PAY FOR SUCCESS YOU MUST TAX YOUR BRAINS ".

" SUCCESS GOES TO YOUR HEAD,FAILURE TO YOUR HEART ".

" A COMPLIMENT IS SOMETIMES A MATTER OF FACT,BUT MORE OFTEN A MATTER OF TACT ".

" REMEMBER THIS ON YOUR WAY UP : THE BIGGEST DOG WAS ONCE A PUP ".

" EVERY MAN IS A HERO TO HIS IMAGINATION ".

" CHOP YOUR OWN WOOD AND IT WILL WARM YOU TWICE ".

" THE MAN WHO HAS MORE MONEY THAN SENSE ISN'T ALWAYS RICH ".

" RESULTS ARE WHAT YOU EXPECT,AND CONSEQUENCES ARE WHAT YOU GET ".



Teman tanpa kita sedari dalam menjalani hidup kita dari hari ke sahari ALLAH S.W.T
telah menciptakan satu di antara pancaindra pada diri kita. Ia itu jari jemari kita yang setiap satu tak ubah saperti kita2.
Ada yang

Gemok pendek menjadi ibu tanpa suami.

Si penunjuk pula selalu menuding ke depan dan sukar sekali ke arah kebelakang.

Kurus tinggi selalu menjadi mangsa di panggil hantu. sebalik nya tidak.

Tidak perlu bersusah2 selalu mendapat perhargaan juga gelaran si manis.

Di sebabkan tubuh yang kecil selalu menjadi mangsa pembuang/pembersih najis.

Mereka semua dengan dunia sendiri.
Tapi dengan kehadiran tapak tangan yang telah di amanahkan untuk menjaga kelima nya.
jari jemari harus berkerjasama dalam apa jua keadaan,demi untuk menjayakan kerja2
seharian.
Tanpa di sedari jari jemari tapak tangan terlalu perlu untuk mereka berlima.
Tanpa tapak tangan mereka telah lama terpisah dari bersaudara.
Dari itu mereka semua memerlukan antara satu dengan yang lain2.
Tiada satu antara mereka yang boleh mengakui diri nya saorang saja terpenting.
Sesungguh nya apa yang kita2 perlukan ada lah satu talian persahabatan yang jujur
dan lagi ikhlas. ketepikan soal penghargan,kenamaan,ganjaran juga tidak perlu
di nobatkan sabagai yang utama.
Sesuatu yang di lakukan jika berjaya itu lah satu kepuasan yang sebenar nya
Jangan lupa teman di bahu kanan dan kiri kita ada petugas yang mencatitkan kerja2
harian kita. ( maaf bab soal ugama kurang arif masih banyak lagi perlu di pelajari ).

So teman2 mari kita bersama buat sesuatu yang baik kalau boleh yang terbaik untuk
bekas student2 MHSS.
Amin.

Anonymous said...

Pertimbangan ini mungkin perlu...
Leng, jika kau baca betul2 istilah karangan Omar - the rumours bukan dan tidak bermula dlm blog ini..Tapi berlaku somewhere di Majlis Perjumpaan yg baru lalu(itu yg aku fahami) dari yg Omar tulis. Omar tidak terlalu emotional - tapi adalah wajar Omar cerpenkan di blog ini apa yg berkisar, agar bila nak berbicara lihat padang, jangan celupah di khalayak ramai...mungkinkah ini yg Omar hadapi. Manusia...don't complain of your neighbor rooftop when you own door step is unclean. Ini SELALU yg mereka TIDAK SEDARI.

Lahh..dah kenapa kini hingga mahu menduga minda pula, perihal Taurat dan 'Ahli Kitab'.

Benar kata Leng..Quran tidak tercemar dan 'AHlil Kitab' tidak dizaman ini. Tapi kita umat Islam...perlu ambil 'iktibar' serta 'perhatian' KUKUH AlQuran adalah Kitab PENUTUP dari segala firman Allah yg diturunkan kepada Nabi Musa, Nabi Isa sehingga ke Nabi Muhammad(PUH).

Kerana itu...kontek yang di sebut manusia BERUGAMA (RELIGION) adalah mereka yang berpegang serta menyakini segala 'perutusan' yg di kategorikan 'WORDS YANG TURUN DARI LANGIT'. Hanya selagi disebut MANUSIA, kerana 'ideologi' masing2 - ada yg inginkan pengaruh, engkar walaupun 'memahami''TAFSIR' sebenarnya yg terdapat dalam Kitab Taurat,Injil dan AL-QURAN serta mengkilas pengetahuan sejarah yang berlandas pada ugama. Maka itu dah macam2 terjadi, bacalah CODE of DAVINCI, tengkerah Ayah Phin, etc.

Puts ourself dan jenerasi kita in proper perspective....Kitab Taurat pada Yahudi untuk UMAT APA?. Kitab Injil pada Nasrani untuk UMAT APA?. AL-QURAN pada umat Islam untuk SIAPA ?. Insya'allah, from cradle to grave - kita tidak terkeliru.

Dah lah tu Omar dan Leng...jgn memperpanjangkan perkara desas-desus dan istilah ini. There lot other things perlu dlm hidup. Takdir itu dari Allah - itu benar. Tapi, kita manusia diberikan minda boleh melawan takdir - TIDAK BERDOSA, HANYA PERLU TAHU BAGAIMANA CARANYA?.

Carilah pengertian ilmu dan erti hublom minallallah dan hublom minnannas. Insya'allah...hidup ini senang.

CT said...

Assalaamu'alaikum Ya Ikhwan…Afwan I pun tak pandai bab ugama ni… Tapi yang I faham bahawa apa yang dipanggil ‘Takdir’ itu adalah suatu ketentuan dari Allah s.w.t dan kita sebagai hambanya tidak akan dapat melawan atau mengubahnya…Itu I sependapat dengan ‘Leng’ TAPI di sebabkan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim, Allah s.w.t telah memberikan kita keupayaan untuk berusaha dan inilah yang kita panggil ‘Ikhtiar’… Setelah berikhtiar kita harus berdo’a dan seterusnya bertawakkal kepada Allah s.w.t supaya mendapat natijah yang terbaik…Allah yang menciptakan takdir dan Allah jugalah yang boleh merubahnya: Innallaha ‘ala kulli syaiing Qodir – Sesungguhnya Allah berkuasa di atas setiap sesuatu (Banyak ayat ini terdapat didalam Al-Quran )
Munkin ini adalah apa yang Arshad maksudkan tetapi tidak berkesampaian untuk menjelaskan dengan baik! I harap kita tidak lagi menyentuh soal-soal ugama di dalam perbincangan kita di blog ini…Bukan maksud I untuk mengenepikan soal ugama tapi I bimbang akan terjadi perbalahan yang tidak diingini, jika kita maseh lagi ingin juga menyentuh soal ugama petiklah sesuatu yang mempunyai nash-nash atau dalil-dalil yang sahih dari Al-Quran dan Hadis! Khilaf ulama merupakan suatu Rahmat kepada umat Muhammad s.a.w… Tetapi kita bukan ulama! Jika ‘Alim’ sekalipun mungkin di peringkat yang paling bawah kerana banyak lagi yang tidak kita ketahui dan patut dipelajari. Bagi I ‘Tahu’ dan ‘Faham’ adalah dua perkara yang berbeza begitu juga ‘Alim’ Dan ‘Waraq’… Please jangan ada yang tersinggung!!!

Anonymous said...

Nak menghuraikan 'the wants and the needs' dlm penghidupan..ada ISTILAH dan ANDAIAN yg berbeda. Terima kasih Odah...you really have an excellent ANALYTICAL perspective mind mencari ISTILAH dan ANDAIAN apa yg tertulis ini dan saya yakin seutuhnya , kamu lebih memahami 'Tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima'. Berdosakah kita utk melawan andaian 'TAKDIR', agar kita jangan menjadi TANGAN YANG MENERIMA sepanjang hayat?.

Hai Leng, semacam 'merajok' aje. Apa ianya.. kitab burok tersisi dengan pemikiran baru ni hah. Walau apapun perubahan terkini - the fundamental stand is crystal clear exist, hanya jangan jadikan ia nya Fanaticism.

Macam Odah nyatakan, tulus aku nyatakan TERIMA KASIH akan huraiannya. Tapi ada satunya yang Odah tulis...mengenal dan memahami utk membezakan kontek si'ALIM' dgn si'WARAK'...Puh!, Odah ni..hm kira bukan calang2 orangnya memberi huraian dan mempena pandangan dan pertimbangan.

Pak Mail, plse take note.
BENAR kata Odah, jgn jadikan blog ini sebagai medan memperkatakan issue2 religion, serta Blog ini kan utk 'mengusahakan' agar ada aktiviti2 yg bernas utk semuan mantan MHSS. Saperti kata2 Omar, the working team needs more FEEDBACKS dan jika ada perencanaan untuk bersama usaha perlaksanaan, put in BERITA TERKINI.

Hai Leng..dah main2 dgn khususan puisi/sajak untuk Marlina seorang saja ke?. Eh eh eh.

Ismail Zainal Abidin said...

Shad
No problem will update the new issue utk mantan2 mhss.
semoga mereka semua tahu apa perkara2 yang di rancangkan.
saperti yang telah aku katakan untuk mhss bukan one manshow tapi
ramai harus terlibat berkerjasama.
Mereka semua tak boleh menyepi & berdiam diri, kerana suatu ketika dulu
lencana mhss pernah terlekat di atas DADA mereka.

CT said...

Teman...36 tahun bukan satu janka masa yang singkat. Banyak perubahan yang telah berlaku dalam hidup ini. Perjalanan hidup sepatutnya mengajar kita menjadi manusia yang lebih baik dan matang. Bergurau tak salah tapi biar ada batasannya...Seperti kata Arshad "JAGAN CELUPAH" Friday-January 12, 2007 11:24:12 AM dan bak kata Omar "Jangan Main Hembus" - Sunday, January 07, 2007 6:00:22 PM.
Tapi terkadang kita menjadi lupa di sebabkan terlalu ghairah, apatah lagi bila telah lama berpisah.
Aku tak salahkan 'Leng' kalau dia rasa tersinggung. Maybe it's already too much! Kesabaran seseorang ada batasannya...Dan orang yang "Main Hembus" tu kena ingatlah...Jangan nak melatah bila kena batang hidung sendiri!
Ingat senang ke nak tulis puisi…Kalau sekadar main 'cedok-cedok' dan 'ciplak' dari senikata lagu ramai yang boleh! InsyaAllah aku pun boleh!
Pencinta & Pencipta Puisi berjiwa halus, apa yang dilakarkan adalah merupakan gambaran perasaan: Macam kawan kita 'leng' tu!
Orang yang 'Jiwang-jiwang' macam aku ni pulak cuma main ikut perasaan!
Kita semua dah senja kawan Ooiii!!! Tak kan sikit pun tak berubah? Bak kata pepatah "Cakap siang pandang-pandang…Cakap malam dengar-dengar"
Sesekali Orang yang tak sayang mulut ni mesti kena sepak jugak...Kalau aku tak dapat sepak dengan tangan… Aku sepak dengan perkataan!!! Kalau ada yang nak marah dan tersinggung silakan! "Siapa yang makan lada dia akan terasa pedas"
Kesian 'Leng' Dah pun menyebek...Alaa Cayang jng. Nangis ye!!!

Anonymous said...

nama ku di panggil panggil.. sampai ada yang mencipta sajak untuk aku.. aku sungguh terharu.. kepada teman teman yang sering membaca blog di sini.. diharap jangan anda tersalah tafsir kepada teman yang sering bersenda di ruang MHSS..

tak dia tak kita
masing masing ingin berjaya

tak dia tak kita
pokok nya kita harus sama sama berlumba

tak dia tak kita
keinginan kita tiada beza nya

tak dia tak kita
adakah kita ketujuan yang sama..?

terimakasih saudara Leng
terimakasih saudari Odah
jangan berpatah jangan berpaling
gunakan sepenuh ruang yang dah tersedia..
terimakasih Odah

Anonymous said...

Mail, aku setuju dgn akur pandangan si Leng tu - topik mangsa banjir itu menarik. Tapi Leng, kira nak 'memberi' tu jgnlah yg 'lama2' sangat. Elok yg kita tidak mahu menggunakannya atau belilah yg utama sp kain pelikat 'sekodi' atau kain ela. Gara2 banjir - MINI KELANTAN di Kota Tinggi, peniaga menjual kain utk baju sepasang RM4.00 (tapi dah basah belum lusuh). Ada member punya gerai disana call.

Pernah aku nyatakan. Usahakan blog ini, agar dpt dianjurkan Tahun 2007 ini,once in each quarter akhir minggu, ramei ramei 'bersembang' di pantai with everyone own 'potluck' atau aturcara darmawisata selain Majlis Perjumpaan Tahunan. Sayangnya, rumah pantai di Pantai Kundur Melaka di ambil alih oleh Petronas utk Oil refinery..kira tidak boleh organise camping/bbq disana.

Kau nampak Leng, terngigau2 Marlina mungkin di buatnya dari sajak kamu itu. Dah jumpa blog Marlina.

Pada Marlina malah semua, plse JANGAN SIMPAN sifat Negative atau salah sangka dan yg paling sebel 'SIFAT MERAJOK', dari apa yg kita penakan diblog ini bersama. Jika saya ingat masa sekolah dulu..Tan Sri Ismail kita ini, selalu jadi bahan usikan kita, malah ada 'nickname' nya - tak tahu Biah ingat ke tidak. SI Leng ni...banyak rahasia kita share bersama. Itulah nikmat sertaserinya persahabatan jati. Mail adakan blog ini, insyaallah..dgn mempena ini, sulit nak 'nyanyuk' he he.

Untuk semua..Selamat menyambut Muharram Hijrah 1427.

CT said...

Marlina...Terima kasih kembali.
Ku hulurkan tangan sebagai tanda persahabatan...Tapi rasanya tiada apa yang istimewa yang telah aku lakukan!

Anonymous said...

hai..

saya nie pun macam fana/fanatik di sini ya.. yang paling mudah sekali kata anak anak sekarang.. macam biskut oreo..he he

odah.. marlina dah datang.. saya sambut salam anda .. saya boleh main main kat sini lagi encik mail..?

leng.. terimakasih.. puisi mu buat saya terpanggil kemari.. (harap yang lain jangan 'jealous'.. he he.. betul tak odah..?

Ismail Zainal Abidin said...

Selamat kembali. kalau kali ini merajuk lagiiiii, I kena suruh Rahmat Ekamatra pulak pujuk.
Odah, i ingat i kena belajar macam mana nak karang sajak dgn LENG lah.

CT said...

Betuuuul ! Gue setuju dengan 'Marlina', yang lain kalau jealous kena belajar tulis puisi dengan 'Leng' laaa...Nampaknya Pa' Lurah pun dah nak enrol jadi student ni!...Syabbas Mel! Bolehlah kau dendangkan Biah he...he! Kalau Marlina merajuk...Kau tak teruk...TAPI kalau Biah yang merajuk...Aduuuuh! Parah...Kebulur parah! Ha..Ha jangan marah ya Pak Lurah...Gue si gurau aje! Nampaknya dah ada puisi group kat blog ni Pak! 'Leng & Lina' Ha..ha..ha!

Anonymous said...

Hai Leng...kamu macam dah masuk alam 'fana'..berpuisi, bersajak pula.

Leng..aku quote yr writing <> Wednesday, January 17, 2007 12:39:18 PM
Sedang dalam membuat perancangan untok majlis mhss tak kanlah tak boleh
menyimpang2 dgn topik lain. tak kan merancang sampai setahun, macam national day aje.
Mungkin topic2 lain dapat memikat members yg sedang bersembunyi di sebalik tetikus (betul ke this word)


Sptmana diberitau, Omar ada nyatakan met-up dgn Joe dan Mail utk perencanaan program Tahun 2007 utk mantan MHSS. Sudahkah kita siap untuk membantu melaksanakannya bersama - yuk berikan idea, agenda mahupun jadualnya segera.
So Leng, siap kamu utk give yr plan, menyimpang ke padang baru pula.

CT said...

Teman !

Aku tak pandai berbahasa basi,
tak pandai menulis puisi
Tapi…Apa yang tecetus datangnya dari hati…
Dari jiwa tua yang usang kini…

Hari ini…Di sini…Di blog ini
Kita bergurau-senda…Gembira bercanda
Tapi esok…Di mana kita ???
Mungkin hanya tinggal nama…Mengharap do'a !!!

Mel ! Terima kasih teman…
Kau ibarat dian…
menerangi kegelapan…
Biar terbakar badan…Kau masih sanggup berkorban !!!

Ismail Zainal Abidin said...

Odah.
Penghargaan anda terlalu tinggi.
Tapi rasa2 diri ini belum mampu menerima nya.
Untuk menjadi "DIAN" perlu banyak pengorbanan.
Tapi apa yang berlaku di blog ini adalah satu kebetulan.
Apa kata kita ramai menjadi DIANs agar Alumni mhss menjadi lebih terang benderang.
Walau apa sekali pun aku berterima kasih di atas perhatian mu TEMAN.

Anonymous said...

tak sangka teman pandai bicara
berbait kata bergurindam bahasa
jiwa tua pengganti suara
dipersada maya meluah rasa..

he he macam bulan bahasa pulak..best betul la sekarang semua dah jadi zaman dolu dolu.. cara bercakap berseloka lara.. he he

Anonymous said...

teman..
di tiup ke utara.. diam
di tiup ke timur.. diam
di tiup ke barat..entah
di tiup ke selatan.. pasrah

dari mana lagi datang arah
mencari padi beras mentah
di cari kicau burung .. mana
terbiar lengang di persada maya

teman..
kemari aku berdatang sembah
menjalin baru ikatan saudara
di 'halaman' aku bermain bicara
entah kan sudi entah kan tiada..

CT said...

Assalaamu'alaikum Arshad, Sharif, Leng, Marlina, Omar, Hawa and teman-teman yang sering berligar-berligar di perkarangan blog ni…Tapi tak sudi untuk masuk bertamu.Hanya nama-nama yang disebut yang selalu bertamu tapi kini bak kata Arshad 'Hambar' and I agreed with him 100%
Arshad…Maybe you boleh organize something, I cuma menyokong mana yang I rasa okay aje…Kalau berkesempatan I join in kalau tak… Apo nak dikato!
Marlina…Di mana anda?
Lama tak kedengaran? Leng dah surrender ke? Dah kalah sparring dengan Che' Marlina kita ke? Kalau tak ada Topik nak Sparring…I give one : Tajuknya 'CINTA' Apa pendapat anda berdua tentang 'Cinta'? I sampai dah tua-tua ni pun belum pernah sebut perkataan 'Aku Cinta Pada Mu' to anybody…Kalau 'I Love You' ada lah :) Yok! Kita cerita pasal 'Cinta'…Tak tau nak pileh tajuk apa! Kalau Che' Omar ada lagi Best! Let see who is game enough to take the challenge?...Leng? Omar? Marlina? Or Pak Lurah kita?
Sharif…Yang I tau you cuma baca aje and 'Shout' kat 'Say Something'... Itu pun dah bagus coz' you support us from very far far away…Jangan marah ya my 'Red Indian'...Keep up the good job! Nanti I belanja you makan bila you datang S'pore okay?
Cinta…Tak kenal usia, yang celik menjadi buta, yang buta celik semula! Apa kata ahli panel jemputan kita…Che'Marlina?

Anonymous said...

Hmmm... kau panggil2 aku Odah. Angin apa nak cakap pasal cinta nie.. Apa teringat hari kekasih ke..!


OK.. ini pengalaman aku dalam bercinta.. he he..

Aku pernah bercinta waktu dibangku sekolah dulu, namun cinta aku tak kekal. Waktu tu aku lagi bujang sunti, maalum2lah, pengalaman belum ada cuma mentel2 je.. Cinta monyet lah katakan..

Kita sering dengar cerita tentang orang yang merana kerana putus Cinta.. tapi kita jarang dengar pula orang yang merana kerana putus sayang.. Dan
kalau kita bukak kamus, perkataan kasih diertikan sebagai perasaan sayang dan Cinta. Walau bagaimana pun, tidak dapat dihuraikan dengan kelas perkataan mana yang mempunyai nilai tinggi dari segi perasaan. Namun demekian, dalam amalan, perasaan kasih lebih berkesan dalam jiwa. Betul tak Odah..!

Maka dengan perkataan Cinta; jadilah kalimat Cinta kasih sayang. Kasih adalah perasaan dan roh. Hanya setakat menyebut kedua2 kalimat itu, namun belum memberi apa2 erti atau kesan, Sebab hakikat kasih dan sayang terletak dihati bukan di bibir..Seperti kata pepatah 'Perasaan kasih masuk kedalam hati melalui berbagai2 pintu. Ada yang masuk dari pintu kecantikan rupa paras; ada pula dari pintu budi; yang lainnya dari pintu kemasyhuran nama atau darjat dan sebagai nya.. kau pulak masuk pintu yang mana Odah?..

Lumrah orang2 sekarang mudah bermain Cinta. Umumnya, apabila disebut Cinta orang akan segera menyatakan tentang perhubungan kasih antara lelaki dan wanita. Betul kan Odah?..

Oleh kerana perCintaan dimaksudkan diantara wanita dgn lelaki, maka puncak daripada Cinta tersebut selalunya berakhir dengan perkhawinan. Dan sekiranya mereka tidak dapat berkhawin, maka mereka akan merana kerana putus Cinta.. Macam aku dulu2 lah..

Selalunya nya yang menarik cakap pasal Cinta nie, terdapat dalam banyak dalam lagu, sajak, novel dan drama2 yang bertemahkan putus cinta. Sampaikan kisah2 antaranya Laila dan Majnun, Romeo dan Juliet semacam jadi sejarah buat orang yang sedang berCinta. Tapi jangan ikut macam Romeo, nanti kau mati sesat.. ha..ha..

Memandangkan erti dan hakikat Cinta yang ditunjukkan kepada pengertian hubungan kasih diantara makhluk Adam dan Hawa, maka demekianlah yang terjadi.

Cuba renungkan pepatah-pepatah ini;

'Keburukan dapat disembunyikan apabila timbulnya rasa Cinta'..

'Orang yang menulis surat Cinta itu kurus dan orang yang membacanya gemuk'.

'Hidup tanpa cinta seperti taman tidak berbunga'.

'Tidak ada Cinta yang tidak ada rasa cemburu'.

Namun betapa indahnya rasa Cinta dan betapa deritanya orang yang merana kecewa dalam bermain Cinta, begitu juga dengan kebahagiaan orang yang berumah tangga atas dasar Cinta sama Cinta, semuanya tidak akan dapat digambarkan dengan jelas oleh orang yang tidak mengalaminya..

badrun said...

WOW!! CINTA AMORE WO AINI LOVE WHAT A TOPIC, I ADMIRE YOU ODAH YOU AGED VERY GRACEFULLY,ESPECIALLY YOUR MIND,YOUR KIDS ARE LUCKY TO HAVE YOU AS A PARENT.I WISH AND HOPE (INSHAALLAH)I ACHIEVE THAT WITH MY 2 BOYS.CINTA TANPA SACRIFICE I THINK IS NOT LASTING.THAT IS A START FOR ME.

Anonymous said...

wah Odah.. ada apa dengan kamu nie..? sedang berCINTA ke..?

Odah.. nie hanya pandangan aku saja la.. nak cerita pengalaman.. eemmm... macam buka tirai hidup masa remaja aje.. he he.. nak cerita pasal waktu berCINTA pulak.. isssyyy.. tu rahsia..

CINTA memerlukan pengorbanan.. macam kata Badrun.. CINTA tanpa SACRIFICE tak lasting..

CINTA tak semestinya berakhir dengan perKAHWINan..kalau ada yang berakhir dengan perKAHWINan pun ada yang tak kekal..

CINTA tu tak BUTA tapi yang buta tu orang yang sedang berCINTA.. semua di lihat indah berlaka.. tapi CINTA yang di luahkan dari HATI sangat istimewa.. CINTA yang diucapkan dengan penuh perasaan KASIH dan SAYANG susah nak di sempurnakan didepan pasangan.. mereka daring meluahkan kata kata AKU CINTA PADA MU melalui sms.. melalui surat.. melalui kad ucapan.. melalui apa saja tapi tidak di hadapan pasangan .. kalau ada pun mereka kata .. I LOVE YOU.. kenapa ya dalam bahasa omputeh?

wahhh...macam pernah lihat la ruang CINTA nie ya...kat mana eh..?

CT said...

Syabbas Che’ Omar ! Awak jadi orang pertama menyahut cabaran dari saya…Long time no see maaa ! I masuk dari mana ya ? Dah lupa, Dari tingkap agaknya…Because my hubby kata I ‘Pencuri Hatinya’ ha..ha..ha!
A big welcome to Mr. Badrun : Alhamdulillah , I Felt honoured really…Thanks ! Rasa macam I kenal you ni siapa…Macam pernah jumpa…Tapi di mana ya ? I hope you’ll stay active in this blog, Jangan halfway aje…It’s BAD, Please don’t RUN. Jangan marah saya bergurau aje Mr. BaD rUn oops! Mr.Badrun.
Well Marlina…Alhamdulillah kita masih boleh berbincang tentang ‘Cinta’ It’s normal kan? It’s got nothing to do with valentine day or my emotion...Bukankah ini suatu anugrah dari Tuhan yang menunjukkan bahawa kita masih punya perasaan ? Kalau I tengah bercinta sekalipun…It doesn't matter, Itu Hak I sebagai manusia and I won't let anybody take it away from me!!! Don't you agree Darling? Anehnya…Apa yang you & Omar tulis macam I pernah jumpa dan terbaca…Tapi di mana Ya ?
Secara tak langsung I dah jadi moderator…Bila ahli-ahli panel yang expert tentang cinta, kasih dan sayang selesai membicarakan tentang cinta baru I boleh mengulung perbincangannya. MACAM BAGUS AJE YA ? Tak apa Mel…I tau you tengah ketawakan I…Hari ni I jadi moderator kat blog you ni…Bila I tak dapat nak gulung perbincangan ni…I gulung tikarlah jawabnya, Buat bodoh sudah!

Anonymous said...

He..he.. Odah, Secara tak langsung aku dgn Marlina dah macam satu kepala gitu. Punya sama Idea sama citarasa..!. Ini pun ada kena mengena tentang topik CINTA yg kau utarakan.

Pada aku, menCintai sahabat itu harus boleh membuat mereka bercakap.. dan kita sendiri akan merasa bahagia melalui pandangan2 yang di kemukakan. Melalui pandangan-pandangan tersebut kita juga mampu mengetuk kesedaran dan pendekatan yang sistematik. Dan dari situ juga, kita perlu mendahulukan yang paling penting, kemudian yang penting, selepas itu yang agak penting. Dan begitulah seterusnya...

Begitu lah CINTA Baginda Rasul pada umatnya.. Salah satu sifat yang paling ketara pada diri Baginda Rasul ialah kelapangan jiwa, keridhaan, dan optimismenya. Dia selalu memberi kabar gembira, melarang membebankan diri dan lari dari tanggung jawab. Dia tidak mengenal putus asa. Senyuman selalu mekar dibibirnya, keridhaan selalu bersarang didalam dadanya, kemudahan ada menurut Islam, kesederhanaan ada dalam sunahnya, dan kebahagiaan ada dalam agamanya. Matlamat utamanya pun sederhana, ia itu menghapuskan beban dan ikatan yang menyusahkan umatnya. Boleh kita buat macam tu Odah?..

Anonymous said...

kata Omar..

CINTA MONYET..! oooooo..yang pandai bercinta tu monyet monyet aje la.. jadi sesiapa yang berCINTA tu macam monyet ke..? kalau dah tak berCINTA tu tukar jadi beruk..? cimpanzi..? atau yang sewaktu dengan nye ke..? he he

ada pulak yang di panggil PUPPY LOVE dalam omputeh.. ha .. yang nie pulak jadi anak anjing.. nanti kalau dah stop berCINTA jadi bulldog ke.. jadi Shepherd dog ke.. atau jadi DOG DOG yang lain.. he he..

ooooooopsss soriiiiii la.. aku ni bergurau je..

yang sebenar nya bila berCINTA tu semua nya tulus.. mulus.. ikhlas... suci... bersih.. cuma.. bila masa berCINTA tu.. ada perasaan HASAD..(bukan ARSHAD ye..) DENGKI..(ha yang nie bukan best DENKI..) IRI HATI.. CEMBURU.. dan macam macam kaudu la.. nanti kan ada yang kata..(ha yang nie aku tujukan pada Omar..) dia akan kata macam nie..>> kalau CEMBURU kan tanda nya SAYANG <<<< betul kan Omar.. ya la kau kan pernah berCINTA waktu masa kau mentel mentel dulu.. ha ha ha ha ha...

Odah ..odah.. yang nie menjadi kemusykilan agama pulak.. he he.. bukan apa kau nie pandai bab berCINTA.. kenapa eh.. bila nak lafazkan AKU CINTA PADA MU tidak pada masa mata bertentang mata tapi diluahkan diatas kertas la.. di dalam message ending dengan I LOVE YOU....(aku cuuup dulu eh.. yang lain kau beri pandangan later..mesti korang semua kata..)

~~bila mata bertentang mata .. lidah kelu untuk bicara.. apalagi nak lafazkan kata CINTA..~~

amacam.. boleh gitu..?

CT said...

Wow!Hangat…Hangat dan sungguh hebat…Phew! Che’ Omar dan Che’ Marlina kita memang hebat sehinggakan dapat pula memberikan category & jenis-jenis ‘Cinta’. Seorang lagi teman kita; leng, masih belum bersuara.Di mana agaknya dia? I NAK AMBIL KESEMPATAN INI UNTUK CERITA TENTANG PERASAAN I, SORRYLAH TERKELUAR TOPIK SIKIT! Maybe you all boleh dapat lebih banyak ilham darinya nanti.
Marlina, I tak expert bab ‘Cinta’ ni laa, sebab tu bila ada discussion macam ni I jadi bertambah seronok dibuatnya …Terkenang-kenang masa muda…Shiok & Senyum sendiri duduk one corner. Walau pun I tak tahu nak mendifinasikan ‘Cinta’ tapi I masih ingat bagaimana perasaan hati ini bila mata bertentang mata…Memang lidah menjadi kelu untuk berkata, apatah lagi bila berada di dalam dakapan mesra. Subhanallah!…Ahh! So beautiful & no words are adequate enough to describe my feeling .I guess that’s the Power Of Love!
Aduuuuh! Marlina, masa buah hati kata ‘I love You’ bila mata bertentang mata …Lembek lutuk I…Menggeletar badan…Macam flooting kat awan. There is no other word I would like to hear him says again & again than this MAGIC WORDS "I love You "…He…He… Senyum simpul Che’ Abang I kalau dia baca apa yang I tulis ni.
Kalau pasal cemburu…Perempuan mana yang tak cemburu? Allah saja yang tau…Macam dikoyak-koyak hati ini!!! Tapi macam teman kita Che’ Badrun kata "CINTA TANPA SACRIFICE IS NOT LASTING" membuat kita sebagai seorang wanita terpaksa mengalah di dalam banyak hal sehinggakan ada masanya kita terpaksa mengorbankan perasaan sendiri.
Akhir sekali…To all the ladies, sebagai tanda kesyukuran kita pada Allah s.w.t dan sebagai tanda terima kasih kita pada seorang wanita yang bergelar ‘Ibu’ yang telah melahirkan anak lelaki untuk kita ‘Cintai’…Hadiahkan lah Al-Fatihah mereka.

Anonymous said...

Memang hangat Cik Odah!.. Lebih hangat lagi kalau ramai yg sudi kongsi bersama beri pendapat yang ada. Sebenarnya ramai yg membaca tapi tak mahu masuk sekaki. Tak tahu lah aku, apa pandangan mereka terhadap Blog nie.. Agaknya tentu diaorang bertanggapan tak ada keje lain ke kita2 nie!?.. Jiwang-jiwang agaknya..
Biar serong atau merong pandangan mereka jangan pulak kau cepat patah semangat, langsung tak mau meneruskan berinteraski kat sini..

Bukan nak salahkan siapa-siapa. Mujur ada Kau, Marlina, Arsyad, Leng, Mail, Shariff, Hawa yang dapat menceriakan suasana di Blog nie, kalau tidak pastinya 'Hambar' dan terkubur Blog nie nanti.

Jangan marah Abang Mail.. Andainya bercanggah dengan tujuan sebenar Blog nie maafkan kami. Sebaik-baik nya elakkanlah Blog ini dari tinggal 'bersendirian'. Walau bagaimana pun Cik Odah biar kita teruskan dengan topik CINTA kau tu.. Kalau kita tak teruskan siapa lagi. Mmmmmm...

Kalau nak buat huraian tentang CINTA memang tidak ada batasnya jugak tidak ada kesudahannya. Sebab CINTA tidak mempunyai undang-undang. Didalam sesuatu perniagaan pula CINTA mengajar orang fasih berkata-kata, maksudnya tanpa mempelajari bahasa orang lain perniagaan kita tidak akan berkembang maju.. Betulkan Odah!?

Baik segi ungakapan mahupun peribahasa tentang CINTA, semuanya merupakan bayangan atau khayalan para pengarang atau pujangga. Bagaimanapun, sifat nyata orang yg berCINTA ialah cemburu itu tandanya CINTA. Anehnya, alasan lumrah orang yg sering putus CINTA adalah kerana sikap cemburu, dan disamping cemburu, penyakit yang paling dasyad sekali adalah selalu bersifat ragu.

CINTA sebenar dalam kehidupan bukan hanya setakat mengharapkan kegembiraan atau kebahagiaan dalam berkasih. Kalau begitu lah yg diharapkan bererti kita terlalu mengharapkan alam buana ini senantiasa tenang, tidak panas dan hujan, tidak turun angin ribut dan sebagainya. Padahal kesempurnaan hidup dan kehidupan dialam ini semua dilengkapi dengan pelbagai corak dan ragam peristiwa seperti suka dan duka, senang dan susah, damai dan sengketa serta tuah dan celaka.

Bagaimana pula CINTA kita terhadap Allah?..

Apabila manusia benar-benar takut kepada Allah Ta'ala, maka taqwanya akan tumbuh hidup subur, yakni kepatuhannya terhadap perintah-perintah Allah dalam semua gerak-geriknya. Ketika itu hatinya akan senantiasa ingat kepada Allah dan CINTA kepadanya.
MenCINTAI Allah disini diertikan dengan Melaksanakan segala yang menjadi kelaziman CINTA, ia itu didahalui dengan mentaati Allah, yakni mengutamakan semua perintahNya atas perintah hawa nafsu, menjauhi atau menolak laranganNya walau pun berat diri, kerana telah menjadi tradisi dan kebiasaan lazat untuk membuatnya. Memang tabiat diri manusia itu suka sekali kepada apa yang dilarang agama, padahal yang dilarang itu adalah senantiasa mendatangkan bahaya bagi diri dan jiwa.. Namun begitu ia masih terus disanjung dan di gemari.

Sebab itu nafsu dan keinginan diri itu mestilah dijaga dan di kekang dari meminta sesuatu yang dilarang Allah. Maka orang yang menolak kehendak hawanafsu itu telah membuktikan bahawa dia menCINTAI Allah.

Hanya saja perlu diketahui, bahawa bagi Muslim atau Mukmin, CINTA kepada Tuhan itu hendaknya merupakan CINTAnya yang sejati, dan CINTAnya yang hakiki. Mestilah dijadikan Allah itu buat tumpuan segala CINTAnya dan puncak segala CINTAnya didalam kehidupan didunia ini, yang tidak boleh, dikalahkan oleh CINTAnya kepada sesiapa pun selain Allah semata seperti menCintai anak isteri, harta benda, pangkat dan kedudukan dan yang lain sebagainya.

Kalau pun segala yang selain Allah itu mesti di CINTAI, maka hendaklah hal ini dilakukan di dalam kerangka CINTA yang rendah dan tidak setaraf dengan CINTAnya kepada Allah Ta'ala. Bahkan CINTAnya kepada Allah Ta'ala itu merupakan CINTA yang utama dan mutlak.

Aku bukannya Ustaz.. Tapi setakat buat renungan bersama tak salahkan Cik Odah..?

CT said...

Omar, Ismail dah khaskan blog ni untuk 'EX-MHSS' jadi terserahlah pada diri masing-masing sama ada nak join in atau tidak. Tuan rumah dah hidangkan juadah, ta' kan nak suap kat mulut tamu pulak ! Ta' pa lah Omar kita buat blog Mel ni macam BAPAK kita punya…Ha…Ha! Alhamdulillah kita masih punya waktu untuk bermain-main di blog ni…Di taman MHSS…Taman BAPAK kita ! I rasa lebih baik jadi orang yang jiwa-jiwa dari jadi orang yang langsung ta’ ada jiwa…Ha…Ha ! I petik senikata lagu tahun '70 : Garden Party - Ricky Nelson : "You can't please everyone so might as well you please yourself "
Omar, I pun bukannya Ustazah…I lagi 'Reject' bab Ugama ni…Ha…Ha!
Tulis lah apa saja yang you nak tulis...Asal ada 'Code Of Etiquette'. Kalau tak betul Pak Lurah kita 'Sensor' lah nanti.

CT said...

Omar, I nak tanya satu lagi question laaa...Kenapa orang lelaki ( ta' semua ) susah sangat nak sebut I love you atau Aku cinta pada mu pada kekasinya/Isteri/Tunang etc. Ego ke ? Ramai yang kata Asian men tak romantik & susah nak sebut perkataan itu...Betul ke ? Jawab jangan Tak Jawab...Termasuk soalan Marlina sekali you kena tolong jawab...You nampaknya expert tentang bab Cinta-cinta ni :)Kalau tak boleh nak jawab you kena minta tolong dengan Geng-geng you & Pak Lurah...Ha...Ha. Jawab tau :)

Anonymous said...

Puan Moderator.. Cik Odah,

Macam-macam soalan kau nak tanya dengan aku. Macam lah dal persidangan pulak.. Tak kanlah aku sorang je lelaki yang main CINTA!?. Huh.. kau buat aku pening kepala.. Tak pelah, pasal aku dah terlibat, jadi terpaksa aku tanggung.. he he he..

Gini ceritanya Cik Odah,

Terdapat banyak madah yang digubah dan disusun untuk menyatakan kasih dan sayang, ini termasuk sebutan 'I love you'. Namun masih ramai yang sering sangsi dengan Sebab kata-kata yang telah dituturkan, apatah lagi yang di tulis atau sms belum menjamin bahawa perkataan yang ditulis serta sms tu benar-benar mempunyai perasaan kasih sayang yang murni, sejati atau tidak. Cuba kalau tak ditepati..? Konyol Loooh..!!

Pada yang peringkat baru berkasih, pada hakikatnya pertemuan dan perkenalan didalam pergaulan dan berteman didalam persahabatan, belum boleh dikatakan berkasih. Kalau tersentuh perasaan dan terjalin kemersaan, itu baru peringkat sayang. Jadi perkataan 'I Love you' tak pakai, sebab belum membuktikan adanya ikatan.. Cinta Monyeeeeet!

Sebenarnya orang lelaki nie bukan Ego Cik Odah.. Mereka pun ada perasaan. Takut apa yang di tuturkan tu nanti disalah ertikan pulak..! apa hal kalau yang si laki je yang kata 'I love you', yang pompuan macam mana pulak!?. Apabila hal ini terjadi, timbul pulak perasaan hampa dan kecewa. Jadi sikap berhati-hati sering ada dalam diri mereka, macam aku ni lah.. Dan tidak semestinya tanpa perkataan 'I love you' tu, mereka ni tidak romantik dan kasih tidak berputik..

Cuba renungkan kata-kata orang bijaksana nie; 'Orang yang mendalam rasa kasih, sering berhati2 dan sedikit ia berkata-kata'..

Sebenarnya Cik Odah, orang berkasih nie dipengaruhi zaman. Maksudnya ikut-ikutan gitu... Hakikatnya kasih sejati tidak dapat dinyatakan dengan jelas dalam bentuk kata-kata, walau dengan perkataan 'I Love You' sekalipun. Kasih sebenar wujud dalam bentuk rasa. Kasih sejati tersemat didasar jiwa. Kerana rasa kasih yang dianugerahkan Tuhan adalah satu sifat mulia serta suci dan ada ketikanya dilahirkan dalam bentuk CINTA. Kerna itu pujanggan Hamka menyatakan bahawa CINTA itu suci, CINTA itu tidak buta. Yang tidak suci dan yang buta adalah orang yang menggunakan CINTA.

Empat perkara yang menimbulkan CINTA; muka jernih, ringan tangan, mencari persesuaian sama sendiri dan sama yang dimulut dengan dihati.
CINTA adalah sebahagian daripada naluri manusia, maka alangkah baik tumbuh mengikut kewajarannya...

he he he... Amacam boleh ke..!






Walau bagaimana pun, kasih sebenar tu wujud dalam bentuk rasa.

Anonymous said...

Eh Eh eh...adakah pantun
Anak cina mengayam jala
Jala di anyam menjadi enam
Hati ini sudah terbuka
Masuklah adik masuk bersemayam...
melambangkan CINTA. Aneh jika di andaikan itu gambaran cinta.

Odah, Omar, Marlina, Bad...apahal pula ni tersebut fasal CINTA. Masa sekolah dulu, though I dlm Englist Stream...Odah ni boleh bikin heart jump jump u know (rasa cinta koq..I dont know?) -- ha ha ha, bergurau aje Odah, Maaf jgn mareh.

Cinta in English makna Love. FIRST LOVE IS A TRUE LOVE BUT FIRST LOVE SELDOMS LAST LONG...mungkin ramai yang tidak menyedarinya. Hai kasihan Omar..masih teringat cinta lama. Kita ni ada macam senasib dulu ia. Tapi apa yg dikatakan 'putus cinta' masa remaja tulah yang membuat aku lebih serius memperbaikki diri sendiri.

Mereka yg bercinta ni..ada yang bersikap pelik berteman ajaib. Masa bercinta, umumnya si cowok gemar mendengar sicewek bercrita. Masa bertunang..sicewek suka mendengar crita si cowok...Tapi, bila dah berumahtangga...tak enak nya, si cowok dan si cewek tak dengar crita masing2 - alah2 jiran sebelah yg banyak mendengar crita mereka ini. CINTA APA TU ???

Apapun pengertian CINTA...no komen, Omar, Odah dan member2 lain menyatakannya...CINTA pada Allah non transferable and non-exchangeable. Lagipun Cinta yg kita alami diduniawi adalah cinta pinjam2an yang Allah salurkan dalam setiap jiwa hambanya. Maka itu, jika putus cinta atau hilangnya orang yg dicintai - JANGAN BERSEDIH.

My principle..Lelaki mengenal cinta berlandaskan pada istilah, perempuan pula cintanya merujuk pada andaian....~~bila mata bertentang mata .. lidah kelu untuk bicara.. apalagi nak lafazkan kata CINTA..~~ Hai Marlina...jgnlah CINTA bermula dari mata ke hati - biarlah dari Hati ke mata...NIKMAT!.

CEMBURU tanda sayang(Omar tak mahu komen apa Marlina tulis tu)..huraian CEMBURU pada istilah dari lelaki akan boleh mengamankan suasana. Kena perempuan..huraian andaiannya berkemungkinan sampai mati disimpan cemburunya.

Hello teman2...stop disini fasal CINTA. Oh ya Odah...apa kata kita anjurkan 5H/4M Kota Kinabali trip dgn lawatan ke Kinabalu Park(mild jungle trekking), Kolam Air Panas Poring, snorkelling di Pulau Manukan, bermalam Resort di banjaran Gunung Kinabalu. Nak emel ke Pak Mail kita programnya. Maklumlah skrg ada Budget Air (AIR ASIA) dari Senai ke Kinabalu, mungkin terjangkau harga nya.

Anonymous said...

Assalammualaikum..

Buat semua Alumni yang diingati, yang dihormati, yang dikasehi dan yang disanjung tinggi.

Tersentuh minda dan emosi saya tatkala mendengar ucapan dari Cikgu Hj Aman Jaafar pada perjumpaan yang baru berlalu, yang begitu perihatin dan menyeru agar diteruskan usaha bagi mendapatkan lebih ramai bekas-bekas penuntut untuk disatukan semula dan duduk dalam satu bumbung. Disamping membentuk satu jawatan kuasa bagi mengekalkan Alumni yang ada sekarang.

Tentu ramai yang menyimpan pelbagai iltizam dan impian sempena menyambut tahun 2007 yang masih baru ini. Begitu juga kami, pelbagai usaha yang sudah kami lakukan untuk mengubah dari yang kurang baik dan yang sedia baik akan menjadikan yang lebih baik.

Apa pun sebelum menghimpun segunung harapan dan azam itu, kita patut memanjatkan jutaan kesyukuran kepada Maha Esa kerana dengan izinNya kita sama-sama telah dihimpunkan semula dalam pertemuan dimajlis perjumpaan tersebut. Dan dalam usaha kami untuk membentuk Alumni baru, kami menyeru kepada semua agar dapat tampil kehadapan untuk duduk sama dalam mencari ahli-ahli jawatan kuasa yang sesuai bagi kepentingan bersama.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi ahli jawatan kuasa Alumni, harap hubungi Sdr Johari Ridawi melalui tel; 9664 5237 atau Sdr Mohamed Omar Ross tel; 9003 4088 bagi butir-butir lanjut.

Untuk tujuan ini, kami merancang untuk mengadakan satu pertemuan dengan bekas-bekas penuntut MHSS pada bulan May nanti. Bertempat di Chalet berhampiran pantai East Coast. Ianya di buka kepada semua bekas penuntut dan keluarga. Objektif utama menganjurkan kegiatan ini bertujuan secara tidak langsung dapat menyatukan semua Alumni yang ada, disamping merapatkan hubungan kekeluaragaan dikalangan Alumni itu sendiri, sambil bertukar-tukar fikiran serta merancang kegiatan-kegiatan yang bakal kita anjurkan.

Disamping berusaha untuk mengukuhkan silaturahim yang telah sedia ada, kami telah banyak mengadakan pertemuan demi pertemuan secara berasingan, terutama dalam mengadakan majlis perjumpaan, namun kita tidak boleh bergantung pada majlis perjumpaan itu saja. Kerana selepas majlis perjumpaan keadaan menjadi sepi. Malahan usaha Encik Ismail membena lelaman Blog untuk terus beruhubung sesama kita, juga masih belum membuahkan hasil..

Semoga diperkenankanNya segala impian dan azam kita ini.. dan buat semua, kami coretkan harapan dan impian ringkas agar kita sama-sama meneruskan usaha ini. Dari itu, marilah kita menggembleng setiap usaha, tenaga, idea dan apa jua untuk sama-sama memastikan kita dapat mencapai matlamat kita. InsyaAllah.


Dan... Kalau perancangan ini masih tidak berkesan juga, Aku rasa aku tarik diri..!

CT said...

Wa’alaikumsalam Omar,
Bila I balik dari J.B terus on Computer. Seronok bila lihat Arshad shout kat say something & lihat comment column dah naik 98… Tapi bila I baca yang you kata ' nak tarik diri ' if thing don’t work out…I get so damn bored! Baru semalam you nasihatkan I jangan patah semangat, Hari ini you kata nak tarik diri…Apa ni ? I ni bukan jawatan kuasa dan tak kuasa pun nak jadi jawatan kuasa.

Tak ada orang yang lantik Ismail Zainal Abidin untuk buat blog ni…Ismail pun tak lantik I jadi assistant… Tapi I cuba buat sesuatu yang I mampu untuk membantu teman dan I tak perlu perlantikan. . Kalau You nak tarik diri juga…Than it’s up to you lah !

Arshad kan dah cadangkan untuk pergi Kinabalu…Biarkan dia on dulu dengan rancangannya…Kita lihat dapat sambutan atau tidak. Kalau sepi juga barulah you kemukakan Idea you, jadi ada kesenambungannya .Dia pun budak Monkshill kan, dia pun ex- mhss…Apa salahnya ? Tujuannya kan sama untuk mengumpulkan semula ex-mhss. Cuba you renung semula apa yang you dah tulis - Saturday, February 17, 2007 4:21:16 PM Last paragraph …Kan dah bercanggah ? Jangan macam ni laa Omar...Relax laaa!!!

Anonymous said...

Duh duh Omar...sabar Pak, jgn ambil kata putus TARIK DIRI jika tidak ada kebersanan apa yg di usahakan.

Mengapa tidak, jika apapun rencana utk adakan pertemuan selain pertemuan tahunan itu...jadikan ia acara bebas. Mana yg dapat di hubungi, pinta hebahkan berita nya.

Menyentuh blog ini, kita perlu memahami, ada segelintir teman2 kita yg 'mungkin' dont know how tu surf it. Jgn terperanjat..ini ada kesahihannya. Tak semua lancar menggunakan PC, Omar.

Jua, masa aku surf blog ini, boleh aku katakan, ada waktu terluang. Jika sibuk kerja, outstation duty..masa itu TIDAK ADA LANGSUNG utk surk ke blog. Lihat aje, beberapa purnama - SEPI blog ini..HAMBAR.

Walau setiap rumah di Spura ini, ada PC/Laptop, kita perlu mahfum..berbagai sites yg boleh kita surf - dwnload resepi, beli dan jual barang dagang dan macam2 lagi. Banyka perkara yg dapat menfaatkan jika bijak surfing sites sebegini. So, mana prioritas nya?.

Omar...kira ada, berapa ramai teman2 kita yg punyai email id. Set one domain address dan kemudian send rencana yg ada via email. Insya'allah pasti, ada yg 'ternanti nati' tiba hari yg membuat kita berkesempatan untuk bertemu mantan MHSS. But...advance notice hah...

Selain itu...kira utnuk iklan, itu ada kosnya di Berita Harian. Namun itu satu channel yg baik juga. Perencanaan kamu di Chalet East Coast itu - EXCELLENT ideas...jadikan ia POT LUCK session, masing2 bawa juadah sendiri dan sama2 interchangeable masakan yg ada. Apa macem?. Simply said at own cost. Odah, Biah pasti ahli masak....mana Hawa Rawi - ke Tg Pinang lagi?.

Itu yg dapat aku berikan pandangan.

LENGGGGGGGGGG - mana kamu?. Sepi aje?. Cakap cakap, beri idea cepet cepet.

CT said...

Untuk teman-teman…Jadikanlah tulisan yang panjang lebar ini sebagai suatu renungan.

Kita sebagai Ex-Monkshillan sewajarnya mengambil kira apa yang telah diperkatakan oleh Cikgu Aman.Mengadakan perjumpaan untuk mengeratkan tali silaturrahim adalah suatu perkara yang baik.

Apa yang ingin disampaikan untuk menjadi pertimbangan melalui beberapa soalan adalah : Apakah menjadi suatu kepastian atau jaminan bahawa kita akan lebih akrab dengan adanya perjumpaan demi perjumpaan atau mungkinkah tali silaturrahim dengan mudah akan terputus jika hanya di adakan perjumpaan setahun atau lima tahun sekali ?

Kita bukan lagi tinggal di zaman batu. Kini technology canggih telah lebih memudahkan kita untuk berhubungan dengan pelbagai cara…Contohnya Blog ini : Tanpa paksaan dan tanpa bayaran > merupakan suatu kemudahan buat kita untuk berinteraksi sesama sendiri atau mendapatkan berita terkini. Terserahlah pada kebijaksanaan kita sendiri.

Rancangan untuk mengadakan perjumpaan atau percutian bersama adalah sesuatu yang baik...
Tetapi jangan ada motive yang tidak sihat diselitkan sekali. Betulkan Niat Dan Bersihkan Hati!

Anonymous said...

Odah/Leng,

ini just a brief itinerary for the Kinabalu trip(LAND CONTENT ONLY) tidak termasuk tikit pesawat.

Its more for family trip. Harga LAND CONTENT SAHAJA <> S$320 adult and $215 kanak2. Its for twin sharing while child stay with 2 adult with bed.

Mengenai tikit penerbangan..my suggestion is fly Budget AIR ASIA from SENAI airport to BKI. Harganya pun terjangkau. When I type this, aku surf www.airasia.com flight JHB/BKI rtn hanya RM249.88 - Tapi harga internet ini tak menentu. So kira dapat satu date kita atur, dari sekarang kita book flight sendiri2 thru internet.

Alternatively..jika ada sambutan-I can negotiate with a BSP for MalaysiaAirline Group tkt(<> S$350 exclude airport tax)fm CIAS to BKI rtn. So someone perlu act as coordinator to collect deposit for MH airticket first.

HANYA satu kelembapan-AIR ASIA allows 15kg load barang2 sendiri. So Shopping the best NOT TO, not like normal commercial airlines

Untuk transfer SIN/JHB kita boleh menaikki Causeway Link Bus langsung ke SENAI airport. Kira ramai yg hendak pergi-kita boleh atur Coach pickup(kongsi harga setiap kepala-lumayan sikit). Aku dah jangkaukan for adult(flight + land content <> S$570.

So...Odah bolehlah jadi coordinatornya. We fixed a date, made own flight bookingdate n flight the same) compile the list.
For LAND CONTENT payment - itu I uruskan.

Awaits any response.

-----------------------------

5D/4N Kota Kinabalu - Sabah

DAY 01:
Arrived BKI, dinner and checkin Hotel.

DAY 02:
0730 hrs After breakfast, proceed for a <>20min rides to Pulau Manukan(an island off City of KK) picnic-snorkelling. BBQ Beach lunch provided.
1400 hrs - back to KK. Free at own leisure(shopping etc)
1645 hrs - Sunset Beachwalk at Tq Aru. Dinner(at own expense).

DAY 03:
0800 hrs-af bfast. City Tours(places of interest). Lunch at Restaurant, back to Hotel.
1400 hrs-Depart to River Klias. Upon arrival hightea. Onboard boat for rivercruise to search for Proboscis Monkeys. When darkness setin, on rtn journey, view the fireflies.
Dinner at Jetty(Kg style) and back to Hotel.

Day 04:
Bfast and depart to Kinabalu Park. Short stop at Nabalu(Kadazan village). Short soft jungle trekking at Kinabalu Park.
Later proceed to PINE Resort(facing Mt Kinabalu range)for lunch and check in.
1400 hrs - PORING Hotspring, or walk at jungle canopy.
Back to PINE Resort for the nite. Dinner at PINE Resort.

DAY 05:
Bfast at PINE RESORT. Free and easy. Check out and enroute stop for lunch.
Transfer to airport for flight home.

CT said...

Assalaamu’alaikum Arshad,
I dah baca your itineraries for K.K trip. First of all you better appoint somebody else to be your coordinator coz’ I’m hopeless…SO SORRY!

Apa kata you find out about everything first: (flight + land content + Day) then let us know.

I dah tanya dua orang teman tapi masih belum dapat kepastian. If one of them wants to go, I will go InsyaAllah.

Anonymous said...

Odah, Leng....
insya'allah Jun school holiday I dah plan nak buat group ke Sabah.

Let u all know soon..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.