Sunday, August 20

MHSS 71/4 KUO CHUAN C.C

  • MAJLIS PERJUMPAAN PENUNTUT2 MHSS '71.
  • KUO CHUAN C.C.
  • 25th APRIL 1992 SAT.


KC 1


KC 2


KC 3


KC 4


KC 5


KC 6


KC 7


KC 8


KC 9


KCCC


selain penuntut 71 terdapat juga beberapa senior yg  turut s


SATU LAGI MEJA YG KESEMUA NYA PENUNTUT SENIOR


salah sa orang penuntut senior di wawancara oleh m. safri a.


PENYANYI 60AN ISMAIL KASDI TURUT HADIR PADA MALAM ITU. ISTER


MHSS 35


MHSS 33


MHSS 31


MHSS 29


MHSS 25


MHSS 24


MHSS 19


MHSS 4


MHSS 1


lagi penuntut senior yg turut serta


kehadiran guru2 di iringi dengan paluan kompang


jawatankuasa yg menyambut tamu bersama beberapa rakan seperj


ini lah diantara bekas penuntut yg berkerjasama menganjurkan


HAI CIK MISLAH SEMPAT PULAK TENGOK CEMERAMAN.


HAA SEBELAH KANAN PENYANYI ISMAIL KASDI TU LAH ISTERI BELIAU


DUA BINTANG PADA MALAM ITU BJ KADIR DAN M.SAFRI A. MANFF


dramatis M. Safri a. manaf menjadi Juruacara pada malam itu


diantara penuntut yg baru hadir di majlis perjumpaan di kuo


diantara penuntut senior yg turut serta



DI ANTARA BEKAS PENUNTUT YG BARU HADIR PADA MALAM ITU


CHEGU ISMAIL SEDANG MEMBERI UCAPAN DI MAJLIS ITU


BJ KADIR DI ANTARA PENUNTUT SENIOR YG TURUT SERTA


BJ KADIR DAN BEBERAPA PENUNTUT SENIOR YG BARU HADIR


BJ KADIR BERSAMA PENUNTUT 71 DAN SENIOR


BJ KADIR BERSAMA GURU2 DAN BEKAS PENUNTUT YG LAIN


BEBERAPA PENUNTUT SENIOR BERGAMBAR BERSAMA GURU2.


ahli jawatankuasa pada malam itu bergambar bersama guru2.


Saodah 1


Saodah 2


Saodah 3


Saodah 7

39 comments:

Anonymous said...

encik ismail..

dah upload gambar tu dah cukup bagus.. tapi anda tak tulis nama nama yang didalam gambar tu.. kita kan dah senior citizen.. dah lupa lupa ingat.. kalau ada nama yang wajah nya tertera kat dalam foto tu pasti teman teman akan kata.. eeeeeehhhhhh nie ..oooooo yang nie eh.. eh eh dulu aku punya hensem/ lawa.. ada pulak yang kata.. ya ampuuunn orbit nyer aku masa sekolah dulu... he he he.. betul tak..

Ismail Zainal Abidin said...

ahhh yang ni semua kena kerja sama,
apa kata anda lihat antara gambar2 tu n jika anda kenal akan mereka sila click on foto tu dan taipkan nama2 mereka kat ruang comment foto tu ok.
terima kaseh atas kerjasama anda.

Anonymous said...

alah.. kalau yang nak kerjasama dari orang tu orang tu juga.. tak jalan la cik semail.. kawan kawan di luar sana tu pandai pandai belaka.. takkan mereka tak boleh nak refreshkan nostalgia kan.. takkan setakat nak tunggu n lihat je kan.. tak dapat sumbang tenaga sumbangkan idea pun boleh kan.. betul tak .. mungkin idea saya ni sumbang dan janggal.. jangan marah ya cik semail..

Ismail Zainal Abidin said...

kenapa kita mesti tunggu yang lain. mungkin mereka belum bersedia.
Insyallah satu hari nanti mereka akan melibatkan diri.
jadi apa kata org2 yg dah bersedia hulurkan bantuan anda,
jadi kita2 student mhss tak perlu tunggu 35 tahun lagi utk adakan
satu blog ni.
mhss 35 student 52 = 1 blog.
mhss 35 plus 35 ans 70 student 87 = 0 blog
yang mana pilihan anda
( maaf saya tak ambil subject math dan selalu kena halau dgn
Che gu Aman waktu dia ajar math d class 4m2/71 )

Anonymous said...

Terima kasih Sdr Marlina.. Saya sependapat dengan kamu!. Apa yg sebenarnya berlaku disini adalah ramai teman yang masih kurang mengetahui tentang ruang comments yg telah disediakan.. Mungkin ruang terlalu kecil atau tersembunyi. Dari itu, kenapa tidak Sdr Marlina beri petunjuk pd Encik Mail agar ruang comments ini dpt di perluaskan lagi agar segala comments2 tersebut lebih terserlah..

Ismail Zainal Abidin said...

Omar thnx,
Kan dari awal aku dah minta mereka yg mempunyai kelebihan pengetahuan IT mampir
untuk membantu dalam mengusahakan blog ini,tapi sedih sekali belum ada sambutan dari mereka.(melalui data rajah grafik yg masuk blog ni ramai).
Memberi arahan adalah lebih mudah daripada org yg mengerjakan nya, apakata yg memberi arahan juga turun padang sama2 duduk berbincang utk memperolehi satu keputusan yg terbaik.
Pernah satu ketika dulu saorang pekerja Bangladesh aku berkata.
" Baiyah u see Singapore people many many talk but working Bangla people do but Boss say they good, Bangla very very lazy "
Bila aku fikirkan ada kebenaran nya seperti kata2 Mat Bangla tu,kita ni don't many many
talk but try to contribute something good.
Maaf pasal masukkan cerita Mat Bangla tu,tapi itu satu kenyataan yg aku alami dan
pelajari dari mereka apa itu erti kejujuran.
Thnx.

Anonymous said...

Buat Marlina.. Kebaikan itu sebaik namanya, keramahan itu seramah wajahnya dan keikhlasan itu sesuci rupanya. Perbuatan yg baik bagaikan wangian yg tidak hanya mendatangkan manfaat bagi pemakainya, tetapi orang2 yg berada disekelilingnya juga. Dari itu kami mengharapkan segala pengalaman yg ada dan jangan lah disimpan di almari yg buruk di penantian yg panjang. Sejauh mana yg saya tau, anda punyai kemahiran dalam mengendali IT.. dan dari apa yg terpapar anda lebih dahulu mengetahui selok belok tentang Blog ni.. Kenapa masih bersembunyi disebalik tabir!??

Anonymous said...

tergelak beta.. baca cerita bangla.. he he .. orang bangla cik mail tu pun boleh tahan jugak pasal IT.. dia tu cuma sembunyikan kuku dan taring aje.. ;p

Ismail Zainal Abidin said...

Di antara mereka sebenar nya mempunyai kelulusan yg bagus2 juga dalam bidang IT yg bertarafkan diploma, tapi sayang bila tiba di sini mereka di beri kerja sebagai buruh kasar. ada di antara mereka datang dari keluarga yg bolih d kata kan berada.
kalau nak bukti ketika ini ada satu yg berkerja sbg cleaner d kawasan bandar, dia sedang menuntut dalam jurusan IT d poly tahun ketiga. aneh tapi benar. mungkin kita berdua memandang mereka dari sudut yg berlainan. Itu lah satu kelebihan yg bolih kita dapat kalau berkerja dan berurus dgn pekerja2 asing..........terlalu banyak yg kita kurang faham tentang mereka.

Anonymous said...

saya bukan kata mamat bangla yang dari india..mereka disana tu memang celik IT..tapi yang saya maksud kan tu ..ada dikalangan kita nie..kat blog anda nie.. he he .. tst sudah la..

Ismail Zainal Abidin said...

Oh ....... itu macam cakap ka....., sorry lah salah tangkap message.

Anonymous said...

Marlina...

Membaca dan merenung kebijaksanaan cara berfikir orang pandai adalah kegiatan yang menyeronokkan hati dan jiwa. Kegiataan seperti ini adalah nikmat tersendiri yang boleh dirasai oleh mereka yang mampu membaca fikiran bijaksana orang2 pandai. Tetapi tidak semudah yang kita fikirkan, kalau tanpa bimbingan dan tunjuk ajar kita tak akan menempatkan diri kita sejajar dengan mereka yg punyai kelebihan tersebut.. dari itu jgn lokek 'Idea'. kerana Allah memberi nikmat pd seseorang supaya DIA boleh melihat siapa yang menerimanya dengan baik, lalu mensyukurinya, menjaganya, mengembangkannya, mengambil dan memberi manfaat darinya...

Anonymous said...

omar..
anda ada la 'messenger' yang di ketengahkan Allah untuk teman teman tersayang.. anda macam ada makrifat .. boleh membaca yang tersurat dan tersirat dalam hati dan minda teman yang terdekat dengan anda.. sungguh bertuah anda..! tidak payah bimbingan untuk belajar dari sesiapa jika kita sendiri tidak mahu belajar dari kesilapan sendiri.. macam omputeh kata.. practice makes perfect..tapi bagi saya yang amat dhaif nie.. experience makes me not perfect but makes me more matured in life.. segala yang telah di lalui .. saya mensyukuri dan redha atas ketentuan Allah swt.. jadi di sini .. sesuatu yang mustahil boleh jadi nyata.. dengan nawaitu yang tulus dan ikhlas sesuatu yang di rencanakan dalam agenda MHSS akan berhasil dan suksess insyaallah..

Anonymous said...

Cik Marlina,

Anda terlalu merendah diri.. Tiap2 manusia mempunyai kelebihan, potensi dan bakat yang tersendiri. Allah tidak memberati seseorang melainkan sekadar apa yang terdaya olehnya. Dengan kata lain, menerima dengan penuh kerelaan anugerah dan pemberian yang ada pada diri anda, merupakan suruhan. Sebab itu, kembangkankanlah, tumbuhkanlah, dan dapatkanlah manfaat darinya..

Anonymous said...

encik ismail.. encik omar.. anda berdua saja yang selalu aktif di sini.. mana yang teman yang lain lain.. hai takkan tak mahu sekaki dalam blog anda nie.. saya yang sekerat jalan di mhss selalu singgah disini.. kaum hawa ditahun anda langsung tak mahu mampir.. mereka nie lokek idea ke..? ohhh mungkin disini tiada kopi panas dan hidangan lazat kot..? sesekali boleh juga lihat bagaimana diusia begini cara berinteraksi mereka ya.. mungkin lebih gah dari dulu.. ya la.. dulu dulu main antar antar surat nak berkenalan.. sorok sorok dalam buku.. isyyyyy.. sekarang pakai elektronik dah.. betul tak..? kalau salah maaafiiiiiinnnn dong gue...

Anonymous said...

Shabas Cik Marlina..!!

Terima kasih pada anda atas minat yg di tunjukkan dalam menghidupkan suasana di Blog ini. Walau pun ianya tidak sepanas Warung Kopi yang hidangi dengan makanan yg lazat2, tapi memadai dengan kehadiran anda yang telah menjadikan keadaan disini lebih 'Panas' dari warung kopi yang sebenar.
Memang tugas ini berat, tapi kalau semua orang tunjuk minat dan beri sumbangan idea pastinya aku rasa tak mustahil matlamat blog Encik Ismail ini akan tercapai..

Sebab tu lah semua dari kita perlu memainkan peranan untuk sama2 hidupkan suasana disini untuk kekal dengan daya tarikannya. Jangan lah sampai ianya layu tak bermaya. Yang lebih penting, jika yang lain2 tu minat sepenuhnya dalam usaha memberi sokongan demi kebaikan bersama, insyaAllah ruang ini akan berjaya.

Walau bagaimana pun aku angkat topi kepada semangat yang di usahakan olih Encik Ismail ni. Jika tidak kerana beliau, entah jumpa entah tidak teman2 lama aku.

Ini lah yang aku namakan Teman berjiwa sahabat..

Anonymous said...

petikan dari kata kata encik omar..Walau bagaimana pun aku angkat topi kepada semangat yang di usahakan olih Encik Ismail ni. Jika tidak kerana beliau, entah jumpa entah tidak teman2 lama aku...

apa pasal nak angkat topi encik omar oi... angkat songkok la..kan encik ismail pakai songkok kelap kelip hari raya nie... he he he..

petikan kata kata dari encik omar..Teman berjiwa sahabat???.. apa tu..takut nyer.. teman jiwa jiwa kot..he he he

Anonymous said...

Petikan kata kata dari encik omar.. Teman berjiwa sahabat???.. apa tu..takut nyer..

Untuk Puan Marlina..,

Hukum alam menentukan bahawa manusia tidak hidup berseorangan didunia ini. Untuk keperluan hidup, setiap orang senantiasa mempunyi hubungan dengan orang lain selain dari keluarga sendiri. Jalinan perhubungan diantara individu dan pertalian diantara golongan dengan golongon lain akan mewujudkan masyarakat, itulah perlunya seseorang yang bernama Teman atau Sahabat. Dan dari segi kemanusiaan, manusia diseluruh pelusok dunia adalah bersaudara...

Anda harus ingat.., Saudara-saudara itu ada tiga jenis:

Pertama : Saudara-saudara yang tidak membalas kebaikan yang anda berikan padanya.

Kedua: Saudara yang memberikan balasan setimpal dengan kebaikan yang anda berikan kepadanya.

Ketiga: Saudara yang senantiasa ingin memanjangkan hubungan persaudaraan serta silaturahim, tanpa mengejar kebaikan daripada Anda.

" Wahai manusia, meski pun seseorang itu kaya raya, ia tidak akan lepas daripada keperluan Berteman dan Bersahabat. Teman dan Sahabat yang setia ialah yang akan mempertahankannya dengan lidah dan tangannya. Teman-teman itulah yang akan menjaganya dari bahaya sekeliling. Dialah yang akan menuntun langkahnya, memberanikan hatinya, mengasihinya ketika susah. Lidah teman yang setia dan jujur, lebih berharga daripada harta benda yang diwarisi daripada nenek moyang.. "

Rasa kemanusiaan yang paling tinggi adalah mengharapkan wujudnya rasa persaudaraan meliputi manusia sejagat. Hakikat Bersahabat bukanlah semata-mata untuk berkumpul dan bersukaria sahaja. Sahabat dan Persahabatan lebih jauh dan lebih penting daripada itu. Maksud dan tujuan Bersahabat ialah untuk memperluaskan tujuan hidup, memperdekatkan dua jiwa yang ada persesuaian didalam perbagai perkara utama dalam menjalani kehidupan.

" Kesenangan hidup memperbanyakan Sahabat, tetapi pateri Persahabatan itu adalah sewaktu menempuh kesusahan ", dan.. Sebaik-baik Sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi perkerti.

Anonymous said...

terimakasih encik omar.. tak sangka ya pertanyaan yang singkat boleh dapat jawapan yang panjang lebar.. kalau di ajak berbahas dengan encik omar.. saya rasa mukadimmah aja tak cukup masa yang di berikan..belum lagi intipati perbahasan.. nak membentangkan mauduk nya aje tunggu besok la nampak nya.. he he..

encik omar ni banyak membaca dan banyak pergaulan.. kalahkan menteri..

bukan itu saja.. siap dengan mutiara kata .. mungkin petikan dari hadis hadis yang banyak di baca.. silap silap boleh jadi ahli sufi..insyaallah..

syabas encik omar.. pertegakkan silaturrahmi antara teman dan sahabat..saya tidak perlu nak mengingatkan encik omar tentang teman, sahabat, rakan, kawan dan yang sewaktu dengan nya.. kerana encik omar lebih arif tentang itu.. tetapi jangan terlalu taksub.. nanti susah sendiri..kerana anda juga harus ingat.. KAWAN juga boleh 'makan' KAWAN..

maaf kerana terlalu fokus tentang ini..

Anonymous said...

Assalammulaikum Cik Marlina..,

Terima kasih Cik puan atas nasihat yang diberikan..

Sebenarnya kami perlukan orang seperti anda yg benar benar komited dan tak pentingkan diri sendiri. Sebab kita nak lihat perubahan bukan asyik orang itu, orang tu saja yang bergeligar dalam blog ni. Yang penting, walau bilangan kita sedikit tapi kita dapat buktikan kemampuan, kebolehan dan berdedikasi. Dan tak kurang penting ialah berkerja sebagai satu pasukan, bersatu hati dan tak simpan perasaan iri hati atau sakit hati antara satu sama lain. Itu lah penjelasan sebenar yang nak saya sampaikan diatas... Seandainya kalau perkara ini berlarutan, muka yang sama saja buat perancangan.., kita boleh jangkakan tak ada idea dan program baru yang boleh diusahakan, sia sialah usaha encik Mail selama ini untok mencari perubahan dan pembaharuan.

Dari itu, terserah lah kepada kebijaksanaan semua pihak untuk fikirkan. Mudah2an hubungan silaturahim kita akan lebih erat sesama ummah...

Anonymous said...

memang betul tu encik omar oiii.. asyik kita berdua sahaja yang bergeligar.. ha ha ha.. apa tu encik omar oiii.. bukan bergeligar la encik omar oii.. berligar ligar.. silap haribulan ini blog kita la yang punya ye... ooops jangan marah la encik ismail ye.. kita berdua sibuk sibuk di sini.. encik ismail sorii yee.. encik omar sori .. pembetulan tentang bergeligar tu .. kalau bergeliga tu ada lah.. macam batu geliga ke.. minyak geliga ke.. addduuui sakit kepala aku..

banyak pulak mukadimmah aku.. cakap songeh boleh tak.. sama lah erti nyer tu.. nak jadi orang muda pulak si senior citizen nie.. he he he...

kalau dah berkerja satu pasukan.. dah bersatu hati .. masih ada kah tersimpan perasaan iri hati.. hai hai hai encik omar jangan tak tahu .. nama nya juga manusia.. sifat iri hati pasti bersemadi di setiap yang bernama manusia.. sifat itu selalu berada di paling atas.. yang baik dan yang buruk.. yang paling obvious sekali yang buruk la.. sifat menjadi pemimpin .. nak jadi ketua.. senang nak order order.. kata orang tu nak jadi PAK LURAH/MAK LURAH.. he he.. tak payah buat keje.. """ aku perintah kan engkau buat itu .. buat ini..""" hmmm betul tak tok sidang.. eh siapa pulak tok sidang kat sini eh.. alamak.. dah masuk alam kampung pulak si bunian nie..

saya tak fikir orang orang di MHSS nie tak ada yang bijak pandai..cuma mereka semua tak mahu 'sekaki' untuk melestarikan blog encik ismail nie.. yang kesian tu encik ismail sendiri.. sebab cik marlina nie sibuuuuuuuuuuuuuuuuukkk kat sini...

Anonymous said...

encik ismail..

dah lama saya fikirkan tentang problems maths anda nie.. susah saya nak faham..apa maksud anda tentang problem maths anda tu..

mhss 35 student 52 = 1 blog.
mhss 35 plus 35 ans 70 student 87 = 0 blog

adakah begini:

mhss sudah ditinggalkan 35 tahun dahulu mempunyai 52 students maka terbina lah 1 blog yang mungkin usia encik ismail ketika itu 52 tahun juga.. he he

dan

mhss sudah di tinggalkan 35 tahun campur dengan 35 tahun akan datang berjumlah 70 tahun dan ketika itu usia encik ismail insyaallah berusia 87 tahun lalu terus tak terbina langsung walau 1 blog..

begitu ke huraian nya.. saya pasti begitu la.. sebab maths saya pun tak sehebat guru encik ismail.. saya gunakan calculator minda saya.. buat teman teman yang mungkin tak faham akan problem maths anda tu..

kalau betul.. steady la aku.. yahoooooo.com.. he he

Ismail Zainal Abidin said...

Tahniah utk anda kerana dapat menyelesaikan nya,
Sabenar nya tak perlu gunakan alat pengira buatan manusia tapi gunakan ciptaan
YANG ESA. pancaindera yang di berikan sudah pasti dapat menyelesaikan
problematic tu.

Sunggoh sedih kalau kita tidak menefaatkan pemberian NYA itu.
akan rasa menyesal tak terhingga jika di ambil kembali oleh NYA.

Untok teman2 yang kurang faham akan problem maths tu sorry no comment.
mungkin mereka ada alasan & sebab2 tersendiri jadi tak perlu di pertikaikan.

* IT IS BETTER TO BE NOBODY WHO ACCOMPLISHES SOMETHING THAN A SOMEBODY WHO ACCOMPLISHES NOTHING.
* NONE OF THE SECRETS OF SUCCESS WILL WORK UNLESS YOU DO.

Anonymous said...

* IT IS BETTER TO BE NOBODY WHO ACCOMPLISHES SOMETHING THAN A SOMEBODY WHO ACCOMPLISHES NOTHING.

that the good quotes uve picked.. but mr ismail.. you arent that nobody who accomplished something.. you are somebody who accomplishes something..obviously here.. uve done something for MHSS..create a blog.. maybe one day uve a website for MHSS.. insyaallah..

untuk problematic tu memang lah saya tak gunakan calculator buatan manusia.. kan dah kata .. saya gunakan calculator minda saya.. senang kata .. saya gunakan otak saya.. maaf .. kasar bahasa saya..

pasal secret secret tu.. kena tanya mat bond.. he he he.. itu pun atas arahan dan inisiatif diri sendiri la.. betul gitu..?

Anonymous said...

Sikit aku tak sangka rupa2nya Cik Marlina ni bijak bistari dalam menyelesaikan problematic Encik Mail tu..

Sebenarnya ada banyak perkara dan cabaran lain yang perlukan perhatian kita. Sentuh cakap pasal nak jadi pemimpin, jadi Pak Lurah / Mak Lurah,(macam kata Cik Marlina tu..), ada baiknya kita hati2dan jangan sampai main tiru2 je.. maksud aku, orang jadi pemimpin kita nak jadi jugak. Orang jadi Lurah kita nak jadi jugak.. Tapi perselisihan berlaku dengan tanpa sebab..

Pada aku, bukankah merugikan? kerna bermusuhan antara satu sama lain akan merugikan diri sendiri dan boleh mendatangkan kesan negatif, betul tak Cik Marlina?!.. Islam melarang daripada bermusuh dan berseteru kerana boleh menimbulkan kesan tidak baik. Malah Islam mengalakkan kehidupan bermasyarakat mesti dipenuhi dengan perasaan saling berkasih sayang, hormat menghormati dan berkerja sama, Allah SWT menjelaskan pentingnya menjaga hubungan baik sesama manusia.

Dari itu.. Pembersihan jiwa penting untuk membantu sikap moral yang terpuji. Kerna tingkah laku manusia sama ada baik atau jahat yang ditentukan oleh 'etika' didefinasikan sebagai MORAL. Jiwa yang bersih akan melahirkan pemikiran dan tindakan yang positif. Moral yang baik perlu pada diri setiap individu untuk pencapaian keamanan, keseimbangan dan kesejehteraan, maka baru lah boleh jadi pemimpin.. Sebab, kalau kita tersalah pilih pemimpin kita boleh ucapkan selamat tinggal kepada teman2 kita nanti..

Anonymous said...

leng_54

Terima Kasih dengan kata2 semangat yang telah kau diberikan.. sememangnya perjalanan hidup merupakan irama kehidupan yang senatiasa bergerak dan mencabar. Sebab dunia adalah suatu komidi kepada orang yg berfikir dan suatu tragedi kepada yang merasa.

Sayugia, kita dikehendaki menjalani hidup mengikut arah yang sebaik2nya, disamping menyambung silaturahim sesama kita. Aku pasti kita mampu menghidupkan blog ini atas kerjasama dari semua. Kita perlu lahirkan orang2 yang gigih
serta mampu berkerja keras seperti Encik Mail ni..

Aku percaya kalau kita sedia atur strategi, kita mampu mendapatkan ramai teman yang telah lama terputus hubungan...

Anonymous said...

bravo encik ismail..

dapat sokongan padu dari dalam dan luar negeri..sesuatu yang di luar jangkauan.. bertuah encik ismail nie..tak sia sia bina blog.. dapat pantauan seantero dunia..

syabas..teruskan melestarikan blog anda nie.. pelbagaikan.. kalau boleh suruh puan biah turut sama di sini..

amacam..?

Anonymous said...

encik omar nie macam ustaz la.. kadang kadang bila baca text encik omar macam dengar syarahan..

macam mana la agak nya rupa nya encik omar nie di luar ya.. mesti pakai gamis dan berkopiah ke..?

bahasa encik omar nie sungguh tinggi sekali.. segan saya nak berterusan berinteraksi disini.. ditakuti salah berbasa basi ..nanti diketawakan orang yang mem'flood' blog encik ismail nie..

sekarang dah ramai mendayung di blog encik ismail..rakit yang saya kayuh pun dah tak sehebat teman teman yang akan hadir dengan bot laju .. kapal terbang .. dan bermacam macam lagi kecanggihan yang ada pada mereka..

saya hanya ada rakit yang di buat dari galah sidaian..

Anonymous said...

Mail,
I don't know whether this is appropriate untuk di pinta pertimbangan.

Apa pertimbangan awak jika pada hari perjumpaan yg mendatang ini. Anda aturkan menjemput seorang pemberita dari Akhbar BERITA HARIAN. I believe you know few of them..to cover the whole event dan kesempatan itu, sebarkan blog yg tersedia ini jika dapat mereka ini meliputkan berita dalam BERITA MINGGU.

Cuba Chairul Fahmy di Berita Harian HP: 9765 8351. Beliau ini anak lelaki pada Pelakon TV Puan Norsiah Hamid(jika kenal Penulis Kalam Hamidi - KH uncle pada C Fahmy).

Maaf kerana saya xdapat mengaturnya, kerna November/December ini tugas pejabat terasa kesuntukkan waktunya.

Ismail Zainal Abidin said...

Shad.
Thank nanti aku bincangkan dgn teman2 yang lain.satu idea yang baik.
Perlu persetujuan dari mereka ok.
So Shad sekali lagi thank ya.

Anonymous said...

Shad..
Terima kasih atas kerjasama serta sokongan yg kau berikan. Untok pengetahuan anda, sebenarnya persiapan telah pun kita mulakan sejak tercetusnya idea untok mengadakan perjumpaan ini. Kami telah pun menghubungi Sdri Suryani Omar dari Berita Harian bagi mengwarwarkan segala apa yang dirasakan perlu. InsyaAllah saya akan hubungi beliau seandainya masih belum disiarkan diakhbar pd minggu hadapan.

Saperti cadangan anda untok menjemput Sdr Fahmy anak kepada Puan Norsiah Hamid, akan kami pertimbangkan. Lagi pun bagi saya ta' menjadi maasalah, kerana saya mengenali benar Puan Norsiah. Kami sama2 dalam satu kumpulan drama 'Perkumpulan Seni' Singapura.

Anonymous said...

Omar,
Benar tu, Puan Norsiah, ibu pada Fahmy tu...satu 'kelab' perjuangan dgn yr Brother Abg Kam n sister Ros semasa di Perkumpulan Seni dulu.

I rasa perlu nama MHSS ini di abadikan dlm nama yag istimewanya dengan acara bukan hanya khusus untuk 1 tahun sekali aje.

Tahun 2007..kenapa tidak adakan SANTAI KELUARGA MHSS, cuti bersama mantan Monkshillain dan keluarga.

Anonymous said...

Arshad,

Pelbagai usaha sudah kami jalankan, malah bertemu untuk bincangkan isu-isu yang berkaitan sudah kami adakan, sekurang2nya sebulan sekali kami adakan pertemuan diantara kita. Aku bersyukur kerana diantara kami semua masih dapat berhubung walau pun telah lama kita meninggalkan bangku sekolah. Yang menjadi masaalah sekarang adalah, tugas penting dalam kehidupan sehari2 lebih diutamakan. Umpamanya setiap dari kita punyai tanggungjawab dalam menguruskan keluarga dan urusan harian yang tak ada habisnya, sebab itu untuk melakukan sesuatu perkara kita banyak memerlukan masa..

Dari itu aku rasa amat penting kerjasama dari semua, disamping kita pastikan agar hubungan diantara kita akan terus berjalan dengan baik. Sayugia diingatkan, dalam persahabatan aku juga perlu ditegur agar sama sama tahu kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada diri masing masing. Sahabat yang jujur tidak akan teragak agak menasihati sahabatnya yang lain apabila dirasanya perlu, terutama apabila sahabat itu melakukan kesilapan. Dan sahabat yg jujur juga tidak akan takut dimarahi jika tegurannya itu tidak disukai.. Mudah2an dengan tersiarnya berita 'Salam Muhibbah' diakbar Berita Harian pagi ni 2/12/2006 muka surat 17, aku harap akan kehadiran lebih ramai bekas penuntut dan akan menjadikan silaturahim diantara kita lebih kukuh lagi. InsyaAllah MHSS masih belum terkubur.. Ia masih tetap di hati dan sanubari pada setiap mereka yang pernah sama sama duduk merasa pahit manisnya...

Anonymous said...

Omar
alhamdulillah...personally I am PROUD of all your team efforts utk menemu semula mantan MHSS.
Tak di nafikan, tugas harian pencarian rezeki itu perlu. Tapi, persahabatan itu perlu dlm hidup. Contoh kamu, kita satu sekolah..diluar some of your family members they are my friend.
Baru Rabu lalu(Des 6) pulang dari kerja, aku singgah ke kopitiam. Jumpa member, top top, aku diamkan diri..Cikgu Hashim duduk sama tak kenal aku. Hingga ke satu saat, aku tanya Cikgu Hashim 'do u know me'. Bayangkan <> 30 yrs tak ketemu, iras2nya dpt aku kilas.
Tats life...sp dlm gambar di blog ini, terharu juga melihat foto almarhum Saaet Masri(we used to hang around together selepas waktu pejabat). Tak tahu yg lain2.
For me, kenangan di MHSS bagaikan sarangkap pantun...

Pergi ke Pahang merentas hutan.
Untuk mencari si tongkat ali.
Biar surut, walau kering air lautan.
Kenangan manis MHSS - KEKAL ABADI.

Mail..u hv done an undiminishing job dgn adanya blog ini. So thus your team yg menunjak berdiri teguh supporting kerja 'ibadah' ini.

Ismail Zainal Abidin said...

Shad
Rasa2 ini lah yg terbaik dapat aku lakukan utk teman2 mhss.
perjalanan kita dah masuk 2nd phase.Yang tinggal hanya satu kenangan manis
yg membuat kita cuma mampu tersenyum mengenang nya.
Satu saja yg aku harapkan semoga mereka2 dapat menefaatkan dgn apa yg dah di sediakan.
Kau faham2 aje lah yg aku ni kurang mahir pasal computer,tapi kerana mhss
aku terpaksa tebalkan muka minta anak aku ajar cara2 buat blog ini.
Alhamdulillah mungkin niat tu baik YANG DI ATAS tu granted kan sikit. ni pun
masih tgh upgrading kan blog ni (Chegu aku dah letak jawatan tak nak ajar lagi,
kata dia dulu waktu muda2 tak nak belajar computer dah tua2 ni susah kan orang
he... he...he....)

" LIFE IS A TEST THAT HAS MORE QUESTIONS THAN THERE ARE ANSWERS."

" THINGS DO NOT CHANGE,WE DO."

" THE SECRET OF GETTING AHEAD IS GETTING STARTED."

Anonymous said...

Mail,
syabas...minda kamu dah jauh jalurnya. Ah ah..jika aku lihat blog kamu ini, a superlative professional presenter cara kamu atur. Lancar kamu gunakan JAVA, HTML dan lain2 nya.
Hanya perlu rajin utk mencari infodata mengenai cara to upgrade dan to protect your blog.
Skrg ini pun, banyak software u can get on the shelf dan free dwnload dari interent, melainkan kira kamu nak lebih canggih, kenalah write your own javascript.
Learning is a never ending process, lebih2 lagi dlm dunia infoteknologi. Alhamdulillah, aku melaluinya pada kerja harian, mana tak botak kepala. Lebih2 bila umur dah sebegini, ada PTF (program temporary fixes) getir juga nak pastikan, software itu selamat di pakai dan importantly jangan crash. Tapi, rekaan manusia, the glitch is always there.

Anonymous said...

Benar tu Arsyad..

Aku kagum dan berbangga dengan apa yang telah di usahakan. Tapi kalau masih ramai yang 'tak pandang' dengan usaha beliau ini aku sungguh rasa kecewa. Dan kita haruslah faham, banyak masa yang terluang digunakan dalam mencari idea-idea bagi mengemaskinikan setiap issue semasa yang akan diketengahkan. Sikap bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu mengikut kemampuan diri menggambarkan betapa tekunnya beliau meskipun tidak diluahkan melalui kata-kata.

Tak siapa boleh nafikan tentang betapa seriusnya Encik Ismail dalam menjalankan kerja2 kebajikannya. Maksud aku kebajikan bagi kita semua.. Cuma aku kurang pasti sampai bila Encik Mail harus melakukan sendiri tanpa bantuan yang lain. Tapi yang jelas, kita memang perlukan orang-orang seperti beliau.

Menjadi kawan seiring memerlukan kesabaran untuk melahirkan pergaulan yang mesra berpanjangan...Kawan kedai kopi mudah dicari, kawan sejati dalam sejuta pun sukar ditemui..

Anonymous said...

Omar,
aku baru kirimkan 'pendapat' aku di lebaran yang lain.
Pertimbangan aku, blog ini memerlukan satu lagi enhancememnt ia itu "NOTICE BOARD" utk memaalumkan aktiviti2 tahunan. Maalumlah Omar, tugas harian tidak menentu. Ada yang perlu outstation kerna tugas, ada yang kerja shift dmcam2 lagi.

Maka itu, jika aktiviti2 itu dapat di atur terdahulu sebulan dua sebelum tarikh nya..insya'allah, I am not surprised yang akan bersama kita, mungkin bunyi halilintar tewas bunyi nya.

Its 2007..its time, utk semua mantan MHSS yg punya idea2 yg wajar utk memberi 'modal idea' masing2. Sekolah MHSS hanya tinggal bangunannya aje...terfikir juga adakah sesiapa yg boleh menganjurkan pertemuan di perkarangan MHSS sebelum bangunan itu mencium bumi di 2007 ini. Wallahualam.
Sekadar idea aku aje.

Keep up the excellent works.

Anonymous said...

Shad..

Kelmarin, Aku Johari & Mail duduk berbincang dengan apa yang korang utarakan bagi menganjurkan pertemuan diperkarangan bangunan MHSS sebelum mencium bumi. Sejauh nie, belum ada keputusan muktamat yang dapat di putuskan. Banyak perkara yang kita harus perbincangkan dalam usaha mendapatkan idea-idea dari yang lain yang mungkin dapat memberi saranan bagi pertemuan kita selanjutnya. Rasanya jika Aktiviti2 sedemikian kalau mendapat sokongan kuat dari ALUMNI yg lainnya, aku pasti ia akan menjadi sebagai salah satu 'Riadah' bulanan atau santai Keluarga untuk semua bekas penuntut.

Bagi aku tiada kira dari bentuk kegiatan riadah apa sekali pun, asalkan ianya memberi kesan yang akan dapat melanjutkan usia Alumni supaya ianya tak terkubur, akan aku sokong.

Kalau hanya setakat Encik Arsyad, Encik Leng, dan Puan Saodah jer yang buat cadangan.. Dimana pula perginya teman-teman yang lainnya!???...

Sebenarnya, kita perlukan lebih ramai tenaga yang benar-benar komited agar dapat kita sama-sama mampu menghidupkan satu kumpulan yang dapat berkerja sebagai satu pasukan.

Aku dok fikir-fikir.., dimana silapnya. Sebab, Aku hairan ramai yang datang bersantai di Blog nie tapi segelintir yang tunjuk minat. Kenapa?...

Memanglah, kalau difikirkan tugas ini berat, tapi kalau semua kerjasama dan tunjukkan minat dan beri sumbangan tenaga dan idea.. dah aku katakan dari dulu lagi, pastinya tak mustahil kita dapat hidupkan suasana meriah dan ceria...

Apa komen Encik Mail Kita..? & Puan Marlina amacam?.. Ada tak cadangan membena?!..